Lima hari Amira
tidak bersekolah dan sekembalinya ke sekolah, banyak tugasan yang perlu dia
kejar bagi memastikan dia tidak ketinggalan. Namun Amira tidak sembuh
sepenuhnya. Dia masih sakit tekak biarpun demamnya sudah kebah dan gatal-gatal
akibat HFMD sudah tiada. Rupanya tonsilnya masih belum sembuh.
Selera makannya juga tumpul. Amira bertarung dengan kesihatannya sendiri, dia gagahkan diri berdepan dengan rasa tidak sihat sehinggalah hari Jumaat, setelah empat hari dia kembali ke sekolah, demamnya kembali menyerang. Lebih teruk apabila Amira sakit sehingga muntah di sekolah. Guru kelasnya, Cikgu Tan menghubungi aku agar dijemput Amira lantaran tidak sihat dan bimbang mudarat. Kebetulan pula, pada hari yang sama, Mr Hubby pun tidak sihat. Gagal pula aku hubunginya biarpun dia ada di rumah. Mr Hubby sakit kaki selepas bermain futsal – inilah akibatnya terlalu teruja bermain bola hinggakan tidak endah pada kesakitan...hehehe.

Aku akui, memang
Amira enggan berkunjung ke hospital malah amat payah untuk makan ubat. Namun
apa pilihan yang dia ada, antara ubat dan hospital maka dia lebih rela menelan
ubat. Untuk itu, doktor membekalkan antibiotik yang lebih kuat agar Amira kebah
dari demam dan kembali pulih. Ada juga aku tanyakan pada doktor berkaitan
kesakitan Amira yang seringkali mengadu sakit kaki, sekejap sakit dada, sekejap
sakit lutut. Jawapan doktor itu adalah lumrah bagi kanak-kanak yang aktif dan
lasak.
Kesakitan Amira
menjadi perhatian utama aku. Pemakanan ubatnya sentiasa aku lakukan sendiri,
aku pastikan tidak kurang dan tepat pada masanya. Air masak perlu diminum
dengan jumlah yang banyak, tiada ais dan tiada makanan bergoreng. Amira akur
dan dia juga sangat berhati-hati memilih makanan. Alhamdulillah, sakit tekaknya
pulih.
Namun, yang
menjadi kerisauan, Amira seringkali mengadu sakit kaki. Apabila diperiksa tidak
pula bengkak atau lebam. Sekejap di lutut, sekejap di kaki kiri, sekejap pula
di kaki kanan. Aku hilang punca, tapi Amira tetap bersemangat untuk bersekolah
dan menjalani hari-hari kebiasaannya.

Entah... hilang
punca juga memikirkan kesakitan Amira. Tidak pula dia demam tapi selera
makannya hilang. Bermula dari kesakitan di kaki kiri, beralih ke kaki kanan.
Dari pergelangan kaki hingga ke keseluruhannya sakit. Tidak ada pula bengkak, merah
atau lebam tapi sangat sakit katanya, biarpun disentuh dengan jari. Dan lebih
parah, Amira bukan sahaja tak boleh untuk berjalan, berdiri malah untuk
menggerakkan kakinya pun terasa amat sakit. Sakitnya meruntun hati, suaranya
sayu dan airmatanya mengiringi setiap butir patah katanya.
Amira kembali
dibawa ke hospital Putrajaya. Mencari kepastian untuk kesakitan yang kami gagal
ketahui puncanya. Apa penyakit Amira?
No comments:
Post a Comment