Bercuti lagi...
kali ini ke Pantai Timur pula sebab tak pernah ada perjalanan bersama keluarga
ke sana. Tiga kenderaan bersama abang Hakim dan abang Bullah. Tempatnya memang
menarik, ala-ala suasa kampung pula berada di dalam chalet. Tiba di sana hujan
turun dengan lebat tapi itu tak mematikan mood untuk menikmati percutian. Hujan
lebat dianggap sebagai satu pengalaman baru apabila kanak-kanak terus bermandi
hujan di laman chalet dan berlarian menuju ke kolan renang. Laut penuh gelora,
tidak mesra untuk disapa pengunjung. Angkuh deburan ombaknya, mengganas
menggulung pepasir pantai....
Suasana
persekitaran mendamaikan, nyaman dan tenang. Kebetulannya pengunjung tidak
ramai maka resort ini hanya dimeriahkan dengan gelak tawa anak-anak kami semua.
Waktu malam, anginnya bertiup kencang... sejuk dan menyegarkan. Perancangan dibuat
untuk menimati bayu malam di tepi pantai, sambil itu unggun api dinyalakan.
Lebih meriah, apa letupan bunga api berwarna-warni... anak-anak kami riang
menikmatinya. Rupanya ada keluarga Cina yang meraikan sambutan Tahun Baru Cina
di sini.
Kami menikmati
kemudahan yang ada, anak-anak berlarian bermain pasir dan kolam renang. Aku
bersama Mr.Hubby, abang Hakim dan abang Bullah bermain bola tampar dengan
disertai Didi, Afik dan Hosri. Meriah sungguh... dan kemudiannya mereka bermain
bola sepak pantai, tentunya aku tidak turut serta.
Apa yang paling
menyeronokkan adalah kebersamaan menikmati masa santai... mengeratkan hubungan
dan berkongsi suasana yang ada.... Lain kali nak bercuti lagiii...
...dan kemudian dalam perjalanan pulang singgah berpiknik di Ulu Bendul, Kuala Pilah...
6 comments:
Terima Kasih kerana memilih Lanjut Golden Beach Resort sebagai destinasi percutian anda.... (wakil kakitangan Lanjut)
Boleh tak emailkan kepada saya harga bilik yg paling rendah serta pakej utk saya buat hari keluarga berserta pakej dinner. Blh tolong emailkan butiran tersebut ke farahdina6027 @gmail.com
bole bagi quotation utk family day.... 60 adult 10 kid..... email ke kamnaservices@yahoo.com.my plan nak buat bln 11 thn depan.....
swimming pool kena bayar ke
kalau booking 27-29/4/2018 berapa 1 hari?
Salam.. Blh bg quotation utk berfamily day.. 50 adult 15kids
Post a Comment