***catatan ini ditulis pada 8 Jun lalu ketika menghadiri Seminar tersebut:
Pagi ini diisi dengan menghadiri Seminar Pengajian Tinggi yang dibentangkan oleh dua orang calon PhD dan seorang calon MA di Jabatan Pengajian Media UM. Aku perlu mengisi minda dan mencari pengalaman berdasarkan pembentangan senior-senior ini kerana semestar akan datang giliran aku pula yang perlu melakukan pembentangan ini... InsyaAllah.
Seperti mana penyelia aku maklumkan, aku perlu sebati dengan tajuk malah dalam mimpi sekalipun aku perlu terus memeluknya.
Terbukti para pembentang sangat arif berkaitan tajuknya, objektif, kajian dapatan, theoretical framework, methodology dan kemudian berhujah mengenainya. Kemudiannya ditambah lagi dengan bersoal jawab para penilai, dua orang profesor bertauliah yang tentunya arif bidang berkaitan. Itu belum lagi adanya soalan bonus dari khalayak yang datang....
Banyak yang perlu aku fikirkan malah untuk aku lakukan. Tajuk bermain diminda sebagaimana pesanan penyelia bahawa aku perlu lakukan dengan apa yang ada di sekelilingku. Telah aku pasti hanya menunggu pelaksanaannya.
Untuk masa ini, sebagai melengkapkan hasrat untuk mendapatkan MA aku perlu lakukan praktikal dan mujur aku dapat laksanakan sambil aku bertugas. Ini bukan satu masalah besar.
Semoga Allah swt memberi kekuatan untuk aku laksanakan dengan sempurna dan seminimum mungkin kesalahan. Allahuakhbar!!!

No comments:
Post a Comment