Setelah tragedi menakutkan apabila pembantu rumah lari meninggalkan anak-anak di rumah tanpa sebarang pengawasan amat membuat aku fobia. Cukuplah, serik untuk aku mendapatkan pembantu rumah lagi buat masa ini…. Sampai bila masih tak pasti.
Pilihan yang aku ada adalah menghantar kembali anak-ankku ke taska. Mulanya Amira membantah tetapi setelah aku beri penerangan rasional berdasarkan usianya yang baru enam tahun, alhamdulillah dia dapat menerimanya sementara Ameer banyak dipengaruhi oleh kakaknya.
Namun kasihan Afrina, tangisnya ibarat membelah kalbu tetapi apa pilihan yang aku ada. Memang sejak dari lahir dia tidak pernah dihantar ke taman asuhan. Berlainan dengan Amira dan Ameer yang lebih berdikari kerana Afrina terlalu manja dan betah berada di rumah sendiri.
Sememangnya anak-anak dan keluarga adalah keutamaanku, justeru aku tidak akan sesekali mengorbankan masa bersama mereka biar atas alasan apapun waima kerja – insyaAllah.
No comments:
Post a Comment