Wednesday, 15 June 2011

Percutian Tertangguh...Kasihan Adikkk...

Perancangan untuk bercuti selama dua hari di Pulau Pinang dan seterusnya pulang ke Alor Setar dan berkunjung ke rumah sanak saudara suami terpaksa bertukar ekoran kesihatan adik. Sepatutnya akan bermalam dua malam di Pulau Pinang dan berkunjung ke tempat-tempat menarik di sana barulah kemudiannya ke Kedah telah bertukar menjadi satu malam sahaja selain aku dan adik terpaksa menghabiskan masa sepanjang pagi di bilik sahaja sementara si kakak dan abang berteman abahnya mandi kolam dan turun ke Pantai Tanjung Bungah, Penang.

Kasihan si kakak dan abang yang begitu excited untuk bercuti lantas kami membawa mereka berkunjung ke Bukit Bendera dan kemudiannya ke Taman Kota lantas terus naik feri dari Pulau ke Tanah Besar. Lebih kasihan pada adik yang wajah dan badannya mula ditumbuhi bintik-bintik akibat deman chickenpox. Mujurlah sebelum bertolak sempat singgah di klinik mengambil ubat.

Tiga hari di kampung juga aku habiskan sepenuh masa di rumah bersama adik sepenuhnya sementara si kakak dan abang di bawa abahnya berkunjung ke rumah sanak saudara.

Sungguh, kasihan adikkk, tapi mujurlah kerana tidak banyk ragam, tidak menangis atau banyk merengek; pintanya hanya aku ada bersama sepenuh masa.

Kembali ke Ibu Kota aku masih lagi bersama adik sepenuhnya, tanggungjawab pada kerja aku ketepikan demi adik yang aku rasakan banyak 'terabai' jika dibandingkan dengan si kakak dan abang yang lebih banyak mendapat ruang...

Kasihan adikkk... moga cepat sembuh dan kembali ceria dengan wajah munggil dan keletah manja....

Adik sangat ceria ketika mahu pergi bercuti...

kasihan adikkk
tiga beradik ketika berhenti dihentian rehat, terpaksalah duduk diwakaf saja...

ketika di puncak Bukit Bendera...





No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers