Monday 23 July 2012

Kesihatan: Punca dan Muhasabah Diri


Sejak dua minggu lalu tahap kesihatan aku menurun. Bermula dari demam, selsema dan batuk yang berpanjangan. Sangat tidak menyelesakan. Aku ambil MC sehari dan sepanjang hari itu aku rehat sepenuhnya dengan tidur yang panjang. Demam kebah tetapi batuk dan selsema berlarutan. Jika diingat-ingat sudah amat lama aku tidak merasai sakit sedemikian sehinggakan tidur malamku pun terganggau dengan batuk berkahak. Peritnya....

Klinik pula, sudah tiga kali aku kunjungi, hingga akhirnya doktor yang merawatku turut membekalkan ubat asma dan beberapa ubat lain yang lebih ‘kuat’ kerana katanya kahak terlalu banyak dalam paru-paru aku.
Alhamdulillah. Aku insafi diri, cuba muhasabah apa yang berlaku di sekelilingku dengan apa yang aku lakukan sepanjang usia aku melewati 35 tahun ini. Baru sedikit yang Allah SWT uji ke atasku, tetapi rasa perit amat terasa apatah lagi untuk bernafas apabila batuk berlarutan datang. Dalam ketika ini aku cuba menyelami bagaimana keadaan rakan-rakan dan saudaraku yang lain yang sering bergelut dengan kesakitan. Tak lupa juga dengan penderitaan abang Cici....

Aku pernah terbaca, sakit itu adalah tanda kasihnya Allah pada hamba-hambanya, kerana pada kesakitan itulah ingatan lebih kukuh pada-Nya. Kesakitan memberikan kesedaran pada diri bahawa ada insan lain yang lebih sakit dari kita dan kita perlulah sentiasa menghargai kesihatan dan kesejahteraan yang Allah kurniakan. 

Menghargai kesihatan dengan mengelakkan pelbagai kemudaratan yang akan membinasan diri sama ada dari segi pemakanan, persekitaran yang kotor dan juga sikap negatif yang juga boleh mengundang penyakit perlu dilakukan. Insya-Allah....

Pada-MU Ilahi, aku mohon berikanlah kesempurnaan kesejahteraan dan kesihatan agar aku dapat terus berbakti pada keluargaku, anak-anakku, rakan taulan dan saudara mara yang kesusahan untuk meringankan beban mereka....

Apakah yang menyebabkan lendir/kahak (phlegm)?
Lendir (Phlegm) adalah cecair yang pekat, melekat dikeluarkan oleh selaput  mukus (mucus membrane) yang terdapat di sepanjang saluran pernafasan. Maka lendir boleh dikeluarkan di sepanjang saluran pernafasan daripada paru-paru hingga ke rongga hidung. Apabila lendir ini berkumpul, ianya akan ditolak ke atas oleh “cilia” (rerambut kecil) daripada paru-paru naik ke tekak.
Lendir yang sedikit selalunya tidak mendatang masalah kerana ianya adalah sebahagian daripada sistem pertahanan badan. Lendir di paru paru dan trachea memerangkap habuk dan bendasing dan membawanya ke tekak ddengan cara rerambut cilia menolak lendir itu ke bahagian atas. Sekaligus menghalang habuk daripada masuk ke dalam sistem pernafasan. Namun begitu, lendir yang banyak menunjukkan ianya disebabkan oleh penyakit, dan bukannya perkara yang normal lagi. Ini berlaku terutama apabila lendir terlalu banyak dan mempunyai warna kuning atau hijau atau kuning kehijau-hijauan.

Apakah penyebab lendir berkumpul di tekak.
Lendir (phlegm) di tekak boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Sesetengah orang mengalami perasaan lendir di tekak pada waktu malam, manakala sebahagiannya pula mengalami lendir di waktu awal pagi. Ianya mungkin petanda bagi masalahsaluran pernafasan yang kronik. Namun begitu masalah allergik (alahan) danjangkitan virus adalah punca utama bagi lendir.
Tindakbalas allergik adalah disebabkan oleh habuk atau bendasing yang kecil. Sebagai contoh jika seorang pekerja di kilang kain, masalah utama beliau ialah terpaksa berdepan dengan habuk2 kain yang bersaiz kecil berterbangan di udara tanpa beliau sedari. Seorang guru yang mengajar murid-muridnya menggunakan kapur semasa menulis di papan hitam juga menghadapi masalah allergik pada habuk kapur, atau jika guru itu menggunakan pen marker untuk menulis, kemungkinan beliau akan allergik kepada bau dakwat yang digunakan.
Apabila tekak diserang oleh habuk sebegitu, ianya akan mencepatkan pembentukan lendir (mucus), yang bertujuan untuk mengumpulkan bendasasing yang halus ini dan dibuangkan dengan proses batuk. Ianya adalah sebahagian daripada sistem ketahanan tubuh (body immune system), pada masa yang sama menyebabkan radang tekak, selain dari pembentukan kahak yang banyak tadi.
Walau bagaimana jika tekak “diserang” dgn hebat, tubuh akan melipatgandakan sistem pertahanan sehingga menyebabkan saluran pernafasan menyempit, bagi mengelakkan banda asing ini masuk ke dalam saluran pernafasan. Ini dinamakan“bronchospasm” yang berlaku pada pesakit asthma, yang mana jika mereka bernafas, saluran pernafasan yang sempit menyebabkan pesakit mengeluarkan bunyi yang nyaring ketika bernafas.
Selain dari masalah itu, lendir yang banyak dan berkumpul boleh menyebabkan saluran pernafasan terhadang (block). Penyempitan saluran pernafasan (bronchospasm) dan saluran pernafasan yang tersumbat disebabkan oleh lendir yang pekat (mucus plug), boleh mengakibatkan kematian terutama pada kanak-kanak.
Lendir yabg terlau lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bacterial pneumonia dan influenza pneumonia.
Jika seseorang mengalami demam yang tinggi, sakit tekak, sakit kepala dan selsema bersama lendir yang jernih, ianya mungkin hanya jangkitan virus. Jika lendir atau kahaknya berwarna kuning, ianya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria, terutamanya apabila lendir/kahak kuning itu beserta dengan demam yang tinggi susah bernafas, sakit kepala dan sakit di bahagian otot-ototnya.

Kahak yang melekat
Mereka yang mempunyai masalah lendir di waktu pagi selalunya mengalami keadaan di mana lendir ditekaknya akan selalu “melekat” di situ. Keadaan ini dinamakan “POST NASAL DRIP” keadaan di mana lendir yang dikeluarkan dari hidung (nostril) tidak memeleh keluar melalui lubang hidung tetapi mengalir ke belakang hidung dan berkumpul di tekak.
“Post Nasal Drip” selalunya sangat berkait rapat dengan allergik atau sinusitis. Selain itu tabiat menghisap rokok juga menyebabkan lendir di tekak dan sukar dibuang.  Bagi penghisap rokok yang kronik, selalunya kesan jangka panjang ialah paru-parunya sentiasa berlendir ( chronic bronchitis) dan kadang kala rosak paru-parunya dan sukar bernafas (emphysema).

Cara mengurangkan lendir
Lendir di tekak biasanya dirawat dengan pengambilan antihistamine, decongestant dan dalam kes yang teruk, mungkin steroids.  Namun begitu ada beberapa cara yang mudah bagi mengurangkan lendir di tekak yang boleh dicuba di rumah.
Salah satu cara yang mudah dengan minum air suam seberapa kerap yang boleh. Pesakit boleh menambahkan madu ke dalamnya. Cara lain dengan mencampurkan madu dengan cinnamon (cengkih) dan diminum dengan secamca madu. Jika tidak, boleh makan sup tomato disediakan dengan halia, bawang putih dan lada putih (pepper).
Walau bagimanapun harus dicari punca (sources) penyebab allergik di dalam rumah atau di persekitaran rumah anda.
Allergik pada habuk dan cuaca sejuk adalah salah satu sebab utama bagi mereka yang mempunyai allergi.


No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers