Friday, 13 July 2012

Hobi Mr. Hubby Di Rumah

Hobi Mr. Hubby amat berbeza dengan aku yang lebih gemar membaca novel, menulis, berjalan dan menonton. Aku hanya mengetahui hobi Mr. Hubby selepas kami berumahtangga biarpun aku mengenalinya dua tahun sebelum itu dan kemudian ditambah dengan ikatan pertunangan selama 10 bulan. 

Sepanjang hidup bersama, tanah di depan rumah kami telah acapkali berubah landskapnya. Bermula dari kawasan kontang kemudian ia merimbun dengan pepohon menghijau, lengkap dengan air pancut dan batuan mengelilingi. Terbaru, ia berubah lagi dengan semaian pepohon berbunga, merah warna mawar dan beberapa pohon orkid turut diborong semasa Pesta Flora 2012 lalu. 
Bukan itu saja, taman kecil kami dihiasi dengan kehadiran tiga ekor arnab yang akan lepas bebas jika Mr. Hubby ada di rumah. Tidak ketinggalan burung-burung berkicau riang di laman belakang dengan suara serindit, tekukur dan merbuk. Di dalam rumah pula ada dua akuarium sebesar tiga kaki malah pernah satu-satu masa hingga ada empat buah akuarium termasuklah marin laut. 

Biarpun aku tidak pernah campurtangan dalam hobi ini tetapi aku senang dengan semuanya....












2 comments:

ummiLIN said...

En. Malek boleh kongsi hobi ngan Lin tp skrg kebun kecik saya kt belakang rumah tu dah lama saya tinggalkan. Dah tumbuh rumput pun. Adoyai...

airikamalek said...

Boleh mula balik kan.... cuma nk mula tu yg malas skit kotttt....