Sunday, 18 October 2015

Inilah Harinya...

Lima tahun berlalu, akhirnya aku dapat capai impian untuk mengengam Ijazah Sarjana. Sungguh, keinginan ini amat sangat aku impikan. Bukan untuk penilaian kerjaya atau untuk kebanggaan diri sebaliknya ia adalah satu kepuasan yang tersendiri.

Sebagai insan yang lahir dalam keluarga susah tentunya kemahuan dalam mengubah asipirasi keluarga adalah satu-satunya yang diingini. Aku sedar... dalam dunia ini selain harta dan kekayaan maka ilmulah yang akan meninggikan taraf kehidupan seseorang. Untuk mengumpulkan wang berjuta tentunya aku tidak upaya namun aku yakin akan dapat mencapai melalui pertambahan ilmu. Insya-Allah sekiranya ada usaha semua itu dapat dicapai sempurna.

Wednesday, 7 October 2015

Keuzuran Bapak Bertambah

Dari sehari ke sehari, kesihatan bapak makin merosot. Wajah bapak makin cengkung, tubuhnya makin susut dan selera makannya juga terbantut. Bapak tak larat nak berdiri sendiri, berjalan pun tak mampu lagi tanpa dipapah.

Pemantauan untuk kesihatan bapak perlu dilakukan dengan rapi. Bapak perlu makan tepat pada masanya, tidak boleh lambat, tidak boleh banyak dan jangan pula kurang. Air kosong perlu sebanyak yang boleh agar badan bapak 'bersih'.

Wednesday, 30 September 2015

Suara Hati Orang Tua...

Betapa wajah tua yang sudah kedut tak terkira merindukan belai tawa dan ramah mesra sang anak....
Betapa dalam kepayahan menanggung derita lantaran kesihatan yang semakin merosot tiada diendahkannya....
Betapa dalam ruang waktu yang bersisa mengharap ada kunjungan anak-anak menyapa ceria....
Betapa rindunya pada sebuah keluarga yang harmoni dengan dikelilingi cerita dan senda tawa....

Monday, 28 September 2015

Keletah Anak-anak

Amira, Ameer dan Afrina semakin membesar... tiga anak yang mempunyai perangai berbeza. Si sulung seorang yang tegas dan serius, yang tengah suka menyakat memeriahkan suasana sementara si bongsu terlalu teliti dan cerewet.

Friday, 25 September 2015

Aldil Adha 2015, Erti Pengorbanan

Selamat Hari Raya Korban. Perancangan telah dibuat dari awal namun tak semua yang dirancang mampu untuk dijadikan kenyataan lantaran ketentuan Allah lebih utama. Aku dan Mr Hubby merancang untuk pulang lebih awal ke kampung di Utara namun dengan kesihatan bapak yang merudum perancangan tersebut tertangguh. Sehingga ke saat-saat akhir tidak ada kata putus namun syukur kerana Mr Hubby sangat memahami dan maklum dengan situasi yang aku alami.

Tuesday, 22 September 2015

Bapak Sakit...


Memang kesihatannya merosot. Sakit perut bapak berulang lagi. Perut bapak sudah terlalu sensitif. Tak boleh terima makanan yang banyak, tak boleh pula kurang makan, lambat makan jangan tapi banyak kali makan pun tak boleh. Apa yang dimakan juga perlu dipilih dalam keadaan selera tua yang terbatas.

Monday, 31 August 2015

Hari Kebangsaan 58 Tahun, 2015 Di Dataran Merdeka

Tahun ini anak-anak amat teruja untuk kembali ke Dataran Merdeka dan meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-58 tahun. Mereka meminta abah pergi bersama memandangkan tahun lalu Mr Hubby pulang ke kampung dan aku hanya meraikan bersama-sama anak-anak. Seawal pukul 6.00 pagi Amira, Ameer dan Afrina telah bersedia malah amat mudah mengejutkan mereka. Keterujaan mereka amat ketara dengan keriangan yang nyata dan kemesraan bersama.

Sunday, 16 August 2015

Majlis Bacaan Yassin & Tahlil Arwah

Alhamdulillah, terlaksana impian untuk mengadakan majlis bacaan Yassin dan tahlil arwah untuk arwah bapa mertua, Ibrahim bin Ahmad. Hari ini genap 40 hari pemergiannya mengadap Ilahi. Juga ditahlilkan arwah mak dan mak mertua, Karimah Mashur serta Aishah Mat Ali. Perancangan mengadakan majlis tersebut dibuat secara ringkas dan sederhana dengan menjemput adik-beradik serta beberapa kenalan yang akrab.

Sunday, 9 August 2015

Hari Sukan Afrina 2015


Afrina yang bersemangat untuk hari sukannya. Dari seminggu sebelumnya lagi telah berceloteh macam-macam berkaitan persiapannya untuk hari sukan. Juga pada hari terbabit, amat mudah menyiapkannya dan sangat seronok untuk menyertai rakan-rakan yang lain.

Saturday, 25 July 2015

Cerita Aidilfitri 2015/1436

Aidilfitri 2015 berbeza dengan tahun-tahun yang lalu. Kali ini aku dan Mr Hubby tidak buat banyak persediaan malah antara kami tiada baju Melayu atau baju kurung baru. Aku memahami apa yang Mr Hubby rasa apatah lagi kehilangan ayahanda tersayang dalam bulan Ramadan lalu. Bagi anak-anak juga, persediaan dilakukan pada saat-saat akhir. Semuanya beli pakaian siap di kedai. Mujurlah ada walaupun anak-anak sedikit cerewet. Perancangan untuk berhari raya juga seperti biasa tahun-tahun yang lalu iaitu di Gombak dan kemudiannya pulang ke Kedah.

Tuesday, 7 July 2015

Pak Dah Pergi Mengadap Ilahi...

Genap 20 Ramadan, pagi yang suram sesampainya di pejabat aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Mr Hubby. Katanya, jom balik kampung, pak dah tak ada. Tanpa berlengah aku memandu pulang dan Mr Hubby sendiri menjemput anak-anak yang bersekolah. Tidak banyak bicara antara kami. Mr Hubby kelihatan tenang. Aku tahu sejak kebelakangan ini dia memang sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan memandangkan keuzuran pak semakin menyusut sejak sakit April lalu.

Thursday, 2 July 2015

Usia 38 Tahun!

Syukur padamu Ilahi atas pelbagai kurnia yang dilimpahkan kepada diriku dan keluarga. Sungguh, biarpun kami tidak mewah namun kami tidak pernah kelaparan, biarpun kami sesekali diselibungi rasa gundah namun tidaklah sampai melarat malah aku dan keluarga masih dapat tertawa dan senyum bahagia. Dalam aku meniti usia lewat tiga puluhan masih ada banyak lagi rahmat-Nya kepadaku, mengurniakan pelbagai impian yang selama ini hanya dalam angannanku.