Mr Hubby memandu sepanjang perjalanan pulang ke Kedah. Walaupun dia telah berpesan pada adik-beradik di sana agar menyegerakan urusan pak tanpa menunggu kami yang jauh, namun aku tahu di sudut hatinya masih tetap mahu menatap wajah pak buat kali terakhir. Itu jugalah yang dalam hatiku.Syukur, perjalanan lancar, cuaca redup dan tumpuan Mr Hubby sepenuhnya pada pemanduan. Sebak di dada aku tahankan, airmata yang bertakung segera aku seka melihatkan kelibat Mr Hubby yang tanpa setitik airmata meneruskan pemanduan.
Jenazah pak bakal disemadikan selepas solat Zuhor, sedangkan perjalanan antara KL-Alor Setar paling kurang pun dalam enam jam. Mujur, kereta tak banyak dan semuanya lancar lantas selepas meredah perjalanan yang hanya memakan masa empat jam maka kami sempat menatap wajah terakhir pak sebelum masuk ke liang lahad. Dapatlah kami mengucup wajah kaku pak dan memeluk tubuhnya buat kali terakhir.
Semoga Allah SWT kurniakan tempat tembaik untik arwah pak, Ibrahim Ahmad.







No comments:
Post a Comment