Ulang tahun perkahwinan ke-22
Hari 'kita' Mr Hubby
... semoga hari-hari seterusnya juga tetap 'kita' menjalani rutin kehidupan yg rencam, pelbagai ... 'kita' nikmati tiap masa yg ada biarpun acapkali bnyk yg tak tersangka... & masih 'kita' dalam tempoh ini malah utk esok, lusa hinggalah ke alam abadi kelak. Bersama pertahankan 'kita' ...
Sungguh, ruang waktu yang berlalu bukan sekejap dan dalam laluan ini ada liku-liku yang panjang, cabaran dan rintangan yang bukan sedikit tapi alhamdulillah. 'Kita' berjaya pertahankannya atas satu persefahaman untuk kebersamaan 'kita' dan hari ini 'kita' bukan lagi berdua seperti suatu waktu lalu namun 'kita' kini telah dikelilingi lima cahayamata yang amat berharga.
Ya, seputar perbulan anatara kita lebih banyak berkisar soal anak-anak, apa mereka buat, apa keperluan mereka, bagaimana keadaan mereka malah tuntutan kehidupan 'kita' kini lebih terarah kepada anak-anak lima beradik berbanding dengan kehendak kita berdua sendiri.
Kakak buat apa, abang kat mana, adik dah makan, ammar cakap apa dan amani nak mainan baru... sungguh pelbagai keletah anak-anak menjadikan kehidupan 'kita' penuh dengan rencam yang berwarna-warni.
Duhai anak-anak, kalian penguat jiwa dan seringkali menjadi keutamaan mama abah... apa-apa tetap kalian lantas jangan ada rasa iri dan terasa hati dalam kalangan 'kita'. Ingatlah, kalian biarpun sepusat sepusar namun rezeki tak sama, laluan berbeza dan tingkah pun pelbagai cara, justeru jika ada antara 'kita' yang punya kekurangan atau kelebihan maka salinglah menyokong. Yang jatuh tarik kembali untuk bangkit dan melangkah bersama, yang di atas jangan injak di bawah, yang di depan jangan lupa lihat belakang kerana 'kita' sama, tetap saling memerlukan dan pelengkap dalam sebuah keluarga.

No comments:
Post a Comment