Saturday, 2 July 2022

Usia 45... Mensyukuri Rahmat-Nya

Dalam usia genap 45 tahun, bukanlah keraian yang didambakan malah dalam usia yang semakin 'larut' ini doa-doa diharap dari semua untuk keberkatan kehidupan hingga ke alam abadi. Apatah lagi terlalu banyak cabaran menjengah dengan kehilangan insan-insan tersayang, dari mak dan bapak juga abang-abang yang dah mendahului. Benar, 'kepulangan' yang dikasihi ke negeri abadi menjadikan diri lebih menghargai setiap yang ada di sisi malah semua yang dilakukan termasuklah amanah agar sempurna semuanya. 


Benar, diri mensyukuri tiap nikmat yang ada, menghargai tiap detik, apapun keadaan Allah SWT yang merancangnya, redha dalam laluan tertulis dengan penuh kesedaran bahawa dunia ini fana. Tiada yg mudah tapi dengan izin Allah tak akan ada yang payah. Niatkan demi Lillahi Taala... itulah yang sentiasa tersemat dalam minda, dikuatkan dengan hati dan diluah dalam lafaz saban hari. Alhamdulillah telah melaut nikmat dalam umur terisi dan untuk kesekian kali meneruskan laluan dalam usia berbaki ... hingga bernoktah nanti. 

Ampun maaf jika ada terkhilaf, bersihkan hati sucikan diri, mohon doa kalian dalam kebersamaan demi keredhaan Allhurobbi.

++++++

Kebetulan tarikh kelahiran berada di Bumi di Bawah Bayu maka hanya ucapan melalui telefon dari Mr Hubby... itu memang seringkali ditunggu malah menunggu ucapan romantisnya yang dah makin terkambus sejak lebih 20 tahun mengenali sedangkan dulu-dulu aduhaiii, siap bunga dan kad bagai dengan kata-kata mencerna minda. Tapi tak apa, siapa pun Mr Hubby kini masih tetap insan di hati... cewahhh!!!

Pulang ke rumah, satu persatu hadiah dan kejutan diterima, dari para saudara, rakan dan sahabat termasuklah Mr Hubby juga... 

Kek pula, tentunya Amanilah yang yang paling ceria hinggakan katanya berkongsi happy birthday. 

Lebih dari itu, gegirls juga meraikan dalam makan tengahari yang tentunya mengakrabkan lagi ikatan persahabatan kami. Sungguh, terima kasih. 






No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers