Monday, 3 April 2023

 Terdiam. Tiada kata mampu diluah saat perkara sama berulang kali berlaku. Bukan tak bercakap, bukan tak bersuara, bukan langsung tak dijadikan keutamaan … secara serius dengan matang diajak bicara, juga dalam senda sesekali diluah mengelak amarah malah dalam kemanjaan pun acapkali juga diperkata minta diri tidak dipersenda. Memang, ini bukan lelocon, bukan sandiwara juga bukan mainan sebaliknya ia adalah hakikat yang perlu diangkat menjadi satu keutamaan demi kemaslahatan masa hadapan.

Jika terus begini, biarpun saban kali dijanji tak akan berulang namun berkali-kali terjadi juga… maka diri tak tahu entah sampai bila mampu bertahan, masihkah mahu berlangsung redha atau pasrah sedangkan realitinya setiap kerumitan yang ada gagal dirungkai.

Sungguh, sukar benarkah untuk berkongsi nestapa atau barangkali bimbang tercalar ego tatkala bantuan mohon dihulur. Bukan sekali dua malah berulang kali tingkah kesilapan yang sama bermain di depan mata, lantas kemudian dianggap seakan tidak apa

Pernahkah… tidakkah dibayangkan bahawa jika ia kekal berlarutan akan menyebabkan hal yang mudarat pada masa hadapan. Kemana arah tuju sebenar kehidupan tatkala keperluan gagal dipenuhi sedangkan kehidupan perlu diteruskan. Sakit… perit… tak usah diperkata, soal lelah yang tertanggung selama ini.

Diam lagi… lalu dalam diam terus melangkah tanpa tahu dimanakah noktah….

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers