Thursday, 20 July 2017

Minggu Tak Sihat, Ameer Bengkak

Bulan ini ramai yangtak sihat, bukan hanya anak-anak tapi aku sendiri pun ambil cuti sakit sampai dua hari. Minggu berikutnya Ameer yang tak sihat. Entah macam mana, sepulangnya dari sekolah ada bengkak di dahinya, nak kata jatuh, tidak, tapi sepanjang dari membengkak. Sesekali terasa gatal. Keesokannya harinya, ketika aku mahu mengejutkannya untuk ke solah terkejut aku melihat wajahnya. Perubahan yang sangat mendadak. Wajahnya bengkak sepenuhnya, matanya sepet, bibirnya juga. Di badannya ada gatal-gatal sedikit, tak banyak.


Pagi tu juga aku membawanya ke klinik, namun doktor menyarankan untuk membawa Ameer ke hospital. Kebetulannya hari ini Ammar ada suntikan di Pusrawi jadi kami bawa Ameer sekali. Namun kemudian kami membawanya ke Hospital Putrajaya sahaja yang lebih dekat dengan rumah sekiranya apa-apa berlaku.

Doktor merawat Ameer dan memeriksanya dengan rapi. Air kencing dan darah diambil. Kebimbangan terhadap bengkak di wajahnya perlu diketahui punca. Tak pernah Ameer mengalami sakit apa-apa atau alah dengan apa-apa makanan juga. Risau sekiranya dia mengalami bengkak akibat sindrom nefrotik yang sememangnya menyerang kanak-kanak lelaki.

Seharian kami di hospital. Menunggu keputusan ujian makmal dan alhamdulillah hasilnya negatif. Jangkaan terhadap apa-apa penyakit serius tidak tepat dan bebas dari sindrom nefrotik pun. Namun puncanya bengkaknya masih gagal diketahui, barangkali ada alahan terhadap makanan tertentu, permainan tertentu atau apa-apa yang kami tidak tahu dan Ameer sendiri tidak sedar sama ada di rumah atau di sekolah. Nasihat doktor, kurangkan makanan ringan, tolak makanan proses dan jauhkan apa-apa sahaja yang menggunakan bahan pewarna berlebihan.

Ya, ibu bapa perlu waspada dengan macam-macam perkara biarpun Ameer bukan bayi namun dia masih kanak-kanak yang perlukan perhatian rapi. Dua hari Ameer tak bersekolah dan makan ubat yang diberi, mengembalikan wajah sebenarnya dengan bengkak beransur surut dan kegatalan hilang. Alhamdulillah.


No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers