Friday, 2 June 2017

Rawatan Susulan Bapak di Hospital

Kesihatan bapak on-off. Dari mata kasar tidak ada apa-apa yang merisaukan memandangkan pergerakan bapak ke sana ke sini boleh dibuat sendiri namun dari sudut penjagaannya secara teliti amat perlu. Pemantauan tentang ubat-ubatan bapak, sebelum makan, selepas makan, pagi dan malam dan yang utama sekali pemakanan bapak yang amat perlu diambil kira.

Bukan soal apa yang bapak boleh atau tak boleh makan sahaja, tetapi yang utama bapak tak boleh makan banyak. Memandangkan selera bapak amat baik maka kuantiti yang diambil perlu dijaga dengan sebaiknya kerana kesannya amat buruk sehinggakan boleh membawa bapak terlantar di hospital.

Sepulangnya ke rumah, bapak ada banyak rawatan susulan di hospital. Memang doktor ada minta bapak dibawa ke klinik kesihatan yang berhampiran namun dengan tarik-tarikh bapak yang terlalu kerap ke hospital maka aku abaikan ke klinik kesihatan, apatah lagi ubat-ubatan bapak semuanya dari hospital. Paling kurang pun dua minggu sekali bapak perlu ke hospital untuk tukar urine bag.

Kali ini kebetulannya cuti sekolah jadi bolehlah ajak anak-anak temankan bersama. Sambil-sambil itu mengajar mereka berdikari dan menyantuni orang tua yang ada. Semoga adab yang disemai membuahkan hasil kelak kepada anak-anak.

Tarikh rawatan bapak bermula Mei:

12 Mei - ambil darah
18 Mei - change CBD + SOPD clinic (surgical - doktor perut)
22 Mei - MOPD clinic
2 Jun - change CBD
20 Jun - ultrasound + surgical + change CBD
4 Julai - Uro + change CBD
12 Julai - ambil darah
19 Julai - Neph + change CBD

 

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers