Gigi kacip Nina dah goyang tapi tak patah-patah sedangkan gigi kekalnya dah tumbuh. Jadi berlapis la pula. Kami berkunjung ke klinik gigi. Nina dari awal dah teruja sebab tak pernah merasai pengalaman sedemikian. Selepas buka puasa kami ke klinik gigi berdekatan. Doktor Liza Maria memeriksa gigi Nina, memang patut dicabut pun sebab ia akan mengganggu pertumbuhan gigi kekal, boleh jadi gigi kekal akan senget jika dibiarkan berlarutan apatah lagi gigi susu yang goyang pun sudah longgar benar.
Sekejap sahaja, Nina dah cabut gigi. Dia memang tak takut langsung dan redha dengan apa-apa yang dilakukan doktor. Kemudian doktor nasihat untuk jaga gigi. Jangan banyak makan gula-gula dan coklat, kalau makan pun mesti gosok gigi.
Doktor cakap lagi, jangan hisap jari sebab nanti gigi kakak tak cantik, nanti gigi kakak jongang dan bila besar gigi atas ke depan.... Habit Nina memang suka menghisap jari, payah benar nak tinggalkan habit ini.
No comments:
Post a Comment