Amira genap 12 tahun.
Pantasnya masa berlalu, pejam celik.. . pejam celik anak yang dahulunya duduk
di atas ribaku sudah memasuki usia remaja. Dengan tubuhnya yang semakin besar
dan ketinggian yang sudah jauh melangkauiku.
Perwatakan Amira juga
sudah jauh berubah, meninggalkan zaman kanak-kanaknya menjadikan pemikirannya
matang melebihi usianya. Dia bukan lagi pendiam sebaliknya cerdas dan sangat
tegas, apatah lagi pada adik-adiknya.
Tahun ini Amira akan
berdepan dengan peperiksaan besar iaitu UPSR dan PSRA. Tiada paksaan dariku
untuk dia dalam membuat apa-apa pilihan malah dia bebas untuk menentukan cara,
masa dan ruang pembelajarannya. Biarlah dia 'enjoy' dalam alam persekolahan
dengan pemantauan dariku sendiri.
Ya, kematangan Amira membolehkan banyak perbincangan dan pemahaman terutamanya menggalas tanggungjawab sebagai anak sulung, selain pelbagai jawatan yang dipikulnya di sekolah. Itu belum lagi dalam berdepan kesakitan melawan rheumatic fever yang dihidapinya.
Amira mewarisi
perwatakan abahnya, nilai kepimpinan dan kebertanggungjawaban serta keseriusan
berdepan tugasan namun turut mengikutku dalam penulisan, pembacaan dan nilai
kemanusiaan. Semoga yang baik-baik sahaja yang diturunnya....
Sambutan ulang tahun kelahiran
Amira aku penuhi sebagaimana biasa cuma bezanya kali ini dia mahukan kek yang
dimasak sendiri, dihias sendiri... aku laksanakan. Sebiji 'red velvet' siap
dengan gubahan hiasannya dilaksana bersamanya bertemankan Puteri dan Achik.
Alhamdulillah.
Bersyukurlah Amira atas
nikmat rezeki dan kesejahteraan yang kita rasai dan jadikanlah nikmat ini
sebagai asas kesederhanaan dalam kehidupan berlandaskan ketakwaan kepada-Nya.
Selamat hari lahi Amira!
No comments:
Post a Comment