Untuk Afrina, pertama kali menjejak alam persekolahan yang sebenar, meninggalkan dunia tadika dan menyertai kakak serta abangnya di SKS1BK. Amira sesi pagi sementara Nina dan Ameer di sesi petang. Nina lebih kepada rasa risau, bimbang tidak ada kawan-kawan, namun kami yakinkan dia. Amira banyak mainkan peranan untuk adik-adiknya. Kematangannya dalam mengatur Ameer dan Nina sudah terserlah, malah Nina sendiri lebih gemar mendengar celoteh Amira berbanding Ameer yang lebih banyak bercanda.

Aku meninjaunya di sekolah. Nina bersahaja. Walaupun masih tidak mempunyai rakan namun dia tidak resah. Memang Nina agak memilih untuk berkawan tetapi dia bukanlah seorang yang mudah menangis. Waktu rehat juga aku melihatnya, memerhatikannya yang ingin membeli makana. Sifatnya yang agak diam membuatkannya terkebelakang. Itulah, mama suruh bawa bekal tak mahu... Sudahnya kuasa veto dibuat... bekal mesti dibawa setiap hari.

Apa-apa saja, Nina mahu macam kakak, nak pandai macam kakak, nak simpan duit macam kakak, nak masuk kelas no satu macam kaka, nak jadi pengawas macam kakak... kakak menjadi idola Nina untuk memulakan persekolahnnya, malah apa-apa pesanan kakak akan didengarnya. OKlah tu, Amira kan kakak....
No comments:
Post a Comment