Pertama kali kak Chik dan keluarga bertandang ke rumah kami sejak kami berkediaman sendiri. Sebelum ini, semasa di rumah lama kak Chik pernah datang tapi tak sekeluarga. Di sini kak Ngah pun pernah sampai tapi hanya berdua dengan kawannya, Ida. Kali ini kedatangannya membawa misi iaitu sempena majlis Konvokesyen Iwan di Politeknik Shah Alam.
Kami sangat berbesar hati dapat menerima tetamu dari jauh apatah lagi Mr Hubby yang sememangnya akrab dengan kakaknya ini. Kak Chik sekeluarga datang dari Sungai Petani. Tentunya lelah mengharung perjalanan yang jauh. Jumaat tengah malam baru sampai, manakala majlis konvokesyen berlangsung pada Ahad.
Kemudian ada pula Ijan di rumah dan Angah pun datang selepas selesai bekerja pada hari Sabtu yang menjadikan rumah kami bertambah meriah.
Tahniah kepada Iwan atas kejayaan dalam pelajaran dan semoga ia menjadi langkah baru untuk masa hadapan.
Semoga tetamu yang datang juga gembira berada di rumah kami dan lain kali datang lagi untuk tempoh masa yang lebih panjang agar dapat menjelajah Ibu Kota Kuala Lumpur dengan santai...
No comments:
Post a Comment