Saturday, 15 October 2016

Ammar Farish Makin Bijak

Ammar Farish dah sepuluh bulan... baru boleh merangkak. Lambat dia tahu merangkak, barangkali kerana tumbuh gigi lebih awal. Kata orang tua-tua jika tumbuh gigi awal lambat tingkah yang lain. Enam batang gigi dah ada. Bermula dengan dua batang gigi bawah dan empat batang kemudiannya di atas.


Perangainya, sudah semakin 'banyak akal'. Asyik nak mengigit saja, tak boleh ditinggal sendirian dan mahukan perhatian lebih. Mungkin kerana sejak dari baby dia asyik berdukung saja maka itulah kehendaknya sehingga dia seusia ini. Kuat makan dan pantang nampak orang mengunyah maka di situlah perhatiannya tertumpu. 

Saban petang rutinnya adalah duduk di stroller dan dibawa berjalan sekitar kawasan perumahan oleh kak Hamda. Suka betul dia lagilah berteman kakaknya yang berbasikal.  







No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers