Selamat hari ulang tahun kelahiran. Semoga diberkati umur,
dimurahkan rezeki dan dipelihara kebahagiaan di samping
keluarga tersayang. Terima kasih kerana banyak membantu
dalam kehidupan berumahtangga. Hanya Allah yang mampu
membalasnya. Salam sayang. I love you so much.
Namun sangkaanku meleset. Sepanjang hari ucapan hari lahir dan doa-doa mohon keberkatan atas usiaku memenuhi ruang media sosialku. Di laman facebook, whatsApp dan pesanan ringkas bertali arus dari rakan taulan yang mengingatiku. Syukur, aku dalam ingatan mereka.
Kemudian, sesuatu yang mengejutkan, anak-anak telah berpakat dengan Mr Hubby untuk meraikan hari lahirku. Selepas waktu berbuka, tiba-tiba sebiji kek ada di depan mata. Alhamdulillah, kebahagiaan yang berganda mengisi ruang hidupku. Keluarga adalah segalanya. Aku ada suami, ada anak-anak dan ada bapak yang sentiasa menjadi penguat semangat. Sesungguhnya tiada apa lagi yang diharapkan selain daripada keberkatan hidup dengan kerukunan untuk kebersamaan bagi mengharungi cabaran masa hadapan. Aku menghargai setiap apa yang ada di sekelilingku. Dalam usia penghujung 30-an ini, kesihatan menjadi tonggak utama bagi memastikan kecergasan untuk melunaskan setiap tugasan harian.
No comments:
Post a Comment