Keesokannya, kami berhari raya ke Perlis menziarahi Pak Su sebelum singgah di Bukit Tembaga rumah Cik Li. Waktu malam pula adalah acara yang menjadi kebiasaan bagi keluarga besar Ibrahim apabila acara barbeque diadakan. Majlis anak beranak seakan kenduri besar apabila semuanya berkumpul beramai-ramai yang dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, bacaan surah yassin dan tahlil serta tazkirah yang dipimpin oleh bang Leh.
Bayangkan apabila sebuah keluarga besar, sembilan beradik berkumpul bersama, ditambah dengan pasangan yang datang dengan anak cucu menantu - semuanya bersatu. Dari halaman rumah hinggalah ke ceruk dapur semuanya ceria. Ada pula menu yang amat menyelerakan. Ada sate dan kepak ayam menunggu dibakar, laksa air tangan kak Jah yang memang terbaik, mee goreng dari kak Pah, nasi goreng kampung dari bang Ad. Kesyukuran dipanjatkan atas limpah rezeki-Nya.
Aku tak banyak membantu, Ammar tidak sihat. Demamnya on-off. Barangkali perubahan tempat dan suasana ditambah lagi dengan perjalanan ke sana-sini yang tak berhenti, mujur dia tidak banyak kerenah. Sudahnya pada 4 syawal kami menjengah klinik, ubat dibekalkan dan nap terpaksa diambil. Nasihat doktor agar diulangi tiga kali ambil nap agar kahak cepat cair dan pernafasan Ammar tidak terganggu.
Di waktu petang sesi reunion MR Hubby berlangsung. Akui join saja namun Amira enggan menyertainya kerana lebih seronok berada di rumah bersama para sepupunya. Selepas maghrib, sekali lagi ke klinik untuk ambil nap Ammar.
Syawal kelima, memulakan pagi dengan ke klinik lagi untuk nap Ammar. Mr Hubby bersama-sama kak Jah dan kak Mah ke pusara arwah mak dan pak. Kemudian kami ke rumah Niza di Pengkalan Hulu. Makan tengahari di sana dan terus ke Taiping rumah bang Leh dan pulangnya, singgah di Sungai Petani rumah kak Chik. Walaupun dah lewat namun menu yang terhidang tak mampu untuk ditolak. Maka sempurnalah hari raya kami di sini dengan rumah semua adik beradik dapat dikunjungi. Bukan soal dekat atau jauh tetapi jalinan silaturrahim yang amat penting, juga untuk anak-anak saling mengenali akar umbi dan sanak saudara yang ada. Indahnya Aidilfitridi Utara....
No comments:
Post a Comment