Tuesday, 31 May 2016

Bercuti Di Port Dickson

Cuti sekolah bermula. Kemana nak pergi? Kali ini perancangan bercuti ke tempat yang dekat dan tidak melibatkan perbelanjaan yang banyak. Terdekat ialah Port Dickson. Apa yang penting adalah kebersamaan untuk membawa anak-anak semasa cuti persekolahan dan juga membawa bapak bertukar angin. Bapak pada mulanya seakan keberatan, tetapi pujukan kami dan memandangkan semua sekali yang pergi maka dia tiada pilihan. Kali ini percutian dengan abang Hakim sekeluarga dan juga Syafik. Abang Bullah tak dapat bersama sebab ada urusan kerja, lagi pula Zila ada kelas di sekolahnya.

Kami bertolak sekitar pukul 8.00 pagi. Perjalanan hampir satu jam berlangsung lancar. Kami terus ke Blue Lagoon di Tanjung Tuan. Memasang dua buah khemah dan berpiknik di situ. Bekal makanan dibuka. Masing-masing mengisi perut. Semuanya berselera dengan bihun goreng, ada nasi dan ayam masak merah. Anak-anak terus berlarian di tepian pantai, bermain ombak dan membasahkan badan. Bapak berada di khemah kecil sementara khemah besar untuk yang lain. Santai, tenang dan penuh dengan rasa nyaman.

Angin berpuput nyaman, matahari panas bersinar. Pandangan mata terus ke tengah laut yang tak bertepi. Nun tiada penghujung. Pengunjung ramai tetapi tidak terlalu sesak. Ada pelbagai ragam. Ada yang bermain pasir, berkejaran, bermandian di tengah laut dan ada juga yang menyewa banana boat.

Pukul 12.00 tengahari kami menuju ke tempat penginapan yang jaraknya hanya sekitar 10 minit menaiki kereta. Apartment tiga bilik menempatkan kami seramai 17 orang. Masa untuk kami berehat sementara menunggu petang, anak-anak tidur. Dan kemudiannya untuk mereka bermain di kolam renang. Pengunjung tak ramai, barangkali kerana kami bercuti di hari biasa.

Waktu malam kami ber-bbq. Ada ayam, kambing, udang galah, sotong dan hotdog. Sos black paper    Mr Hubby buat sendiri so memang mengancam. Acara terbaik yang menjadi kesukaan ramai adalah makan... Inilah percutian yang merehatkan, makan dan tidur sementara bagi anak-anak pula, makan, main dan tidur. Paling syok, bapak pun kata seronok bercuti.



 

 

 




 

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers