Sambutan hari lahir anak-anak dibuat serentak, dalam satu pakej sahaja dari bulan Januari sampai la Mac. Amira yang lahir 7 Januari tak dapat raikan ulang tahun kelahirannya lantaran aku baru sahaja seminggu lepas melahirkan Ammar. Afrina juga yang lahir pada 16 Februari pun begitu, aku masih dalam pantang, sudahnya dibuat pada Mac iaitu bersempena kelahiran Ameer 7 Mac. Sebagaimana kebiasaan diasmbut sekali dengan Puteri yang lahir 4 Mac sementara Acik sama dengan Afrina.
Afrina tak dapat bersama sebab menemani Mr Hubby yang perlu pulang ke kampung. Tak apalah, sambutan ala kadar tetap meriah dengan riuh-rendah suara anak-anak yang ceria. Kebersamaan mereka berkumpul dengan pelbagai peringkat usia mesra bersama.
Semoga anak-anak mama, Amira, Ameer, Afrina, Amylia & Alysha yang diraikan dalam satu pakej bakal menjadi anak-anak yang cemerlang, berjaya di dunia dan akhirat, berbakti pada agama, bangsa dan negara. Utamakan solat yang jadi tiang agama, sayangi keluarga dan ceria sentiasa. Sayang semua....
No comments:
Post a Comment