Tuesday, 29 March 2016

Ammar Tiga Bulan, Bam-bam

Masa berlalu, Ammar mencecah usia tiga bulan. Tubuhnya makin berisi. Wajahnya bulat dengan senyum sentiasa terukir di bibirnya. Pipi sudah ibarat gebu kuih pau. Sedap digomol dengan bauan bayi yang menenangkan. Memang Ammar anak yang baik. Mudah dijaga, tidak banyak ragam dan tidak mudah menangis. Alhamdulillah.


Dalam usianya tiga bulan, beratnya sudah mencecah 7.3 kg. Sihat dan setakat ini tidak pernah tidak sihat. Waktu malam pun tidak banyak ragam, biasanya akan terjaga sekitar pukul 2.00 dan 5.00 pagi kemudian sambung tidur semula selepas minum susu. Syukur kerana Ammar masih kekal minum susu ibu sepenuhnya dengan stok susu yang melimpah-ruah. 

Ammar menjadi tumpuan dalam keluarga, kesayangan kakak Amira, usikan abang Ameer dan kemanjaan kakak Nina. Buah hati mama dan abah. Semoga Ammar akan terus sihat dan membesar dengan sempurna dalam keliling kasih-sayang yang tidak berbelah bahagi antara kami semua.









No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers