Saturday, 7 March 2015

Usia Ameer Genap Tujuh Tahun

Ameer Farhan, usianya genap tujuh tahun dengan keletahnya yang lepas bebas - apa sahaja yang terfikir akan diluah secara terbuka. Mudah benar sikapnya, tidak cerewet, tidak memilih, suka membantu namun amat gemar mengusik dan mencubit.


Ameer yang sentiasa teruja, begitu seronok untuk meraikan sambutan hari lahirnya. Bertanya tentang hadiah, memang ada kejutannya kerana Mr Hubby telah membeli basikal baru sebagaimana sesuai usianya. Ada juga jam tangan sebagaimana permintaannya untuk di pakai ke sekolah.

Kemudian sambutan bersama keluarga abang Hakim yang saban tahun dibuat kerana hari lahir Ameer dan Puteri hanya berselang tiga hari sahaja. Sejak dari usianya setahun hinggi kini sambutan bersama dibuat serentak, malah kali ini juga Ameer yang beria-ia mengingatkan untuk marikan bersama Puteri.

Sempat juga meminta bapak membacakan doa selamat untuk anak-anak kami, moga dipanjangkan usia dengan kesihatan dan kesejahteraan yang berkekalan.

Selamat hari lahir Ameer, semoga tetap ceria dan menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan kami semua....





No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers