Ini bukan kali pertama aku berkunjung ke sini kerana Mr Hubby pernah membawa kami bertahun-tahun lalu, rasanya ketika Nina masih dalam kandungan. Amira sendiri pun tidak ingat dia pernah berkeliling di sini. Menariknya ada lakaran sekeliling kawasan jelapang padi yang meluas dengan pelantas khas yang berputar perlahan membawa pengunjung seakan berada di alam nyata.
Kemudiannya kami menikmati aktiviti berkereta kuda di luar bangunannya. Tentunya anak-anak lebih ghairah untuk menikmati kereta kuda yang dipacu anak tempatan. Selain info semasa, berkunjung ke sini dapat mendidik anak-anak betapa berharganya sebutir nasi yang melalui pelbagai proses untuk menjadi makanan ruji seharian. Semoga dengan ilmu yang ada akan memberi manfaat kepada kita semua.
No comments:
Post a Comment