31 Ogos, tarikh kemerdekaan dan tahun ini ulang tahun yang ke 57. Tema kali ini 'Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' aku anggap amat sesuai walaupun pada mulanya terasa terlalu panjang. Memang, di bumi bertuah inilah bermulanya sebuah cinta biarpun ini bukan tanah tumpah darahku namun seluruh kehidupanku bermula di sini. Walaupun aku lahir di negara jiran, tetapi di Malaysia segalanya bermula, dari usiaku belum tahu membezakan antara yang baik dan buruk, hinggalah aku mendapat pendidikan awal dari tadika Kemas yang mula-mula diwujudkan, kemudian bersekolah rendah, sekolah menengah dan menjejakkan kaki di menara gading. Tiada keterasingan dalam usaha memburu impian dan merealitikan cita-cita malahan aku lebih teruja. Di sini bermulanya kehidupanku, masa depanku termasuklah masa laluku juga, semoga kuburanku kelak juga di bumi bertuah ini.
Sunday, 31 August 2014
Monday, 25 August 2014
Amer & Nina: Syawal di Sekolah
Ceria Ameer dan Nina yang bakal meraikan sambutan merdekaraya di sekolahnya. Awal pagi bangun dari tidur dengan bersemangat malahan bersiap sendiri lantaran keterujaan untuk bergaya riang.
Friday, 22 August 2014
MH17: Kami Bersatu Dalam Kehibaan
Allahuakhbar... sememangnya tiada kata-kata untuk dilafazkan, tiada cara untuk menghuraikan bagaimana gundahnya rasa hati, pilu menakluki setiap rongga tubuh, syahdunya amat menyengat dan air mata yang mengalir seakan tiada mahu berhenti. Betapa tragedi MH17 amat memilukan. Terlalu besar dugaan yang menimpa, bukan hanya dirasai ahli keluarga mangsa yang kehilangan malah kami seluruh rakyat Malaysia sehinggalah masyarakat antarabangsa merasai bagaimana peritnya kehilangan ini.
Sunday, 17 August 2014
Amira Berdepan Peperiksaan ABRSM
Peperiksaan ABRSM, teori muzik yang julung kali dilalui Amira. Rupanya banyak juga laluan belajar muzik dan Amira tidak pernah mengeluh. Memang keinginannya ketika usia sekitar empat lima tahun ialah untuk belajar bermain piano dan aku penuhi apabila usianya mencapai tujuh tahun. Bermula level satu & dua kemudia masuk ke gred 1. Belajar teori muzik tentunya tidak sama dengan melakukan praktikal malah ini diakui sendiri oleh Ms Ow.
Thursday, 14 August 2014
Impian jadi nyata
Alhamdulillah... lama menunggu akhirnya impian menjadi nyata.
Bertahun menanti, dengan debar tanpa sabar namu redha atas takdir-Nya.
Untuk merealitikan impian ini, ada duka, ada sendu, ada kesal dan mujur tiada dendam.
Penantian bukan sahaja satu penyiksaan, tapi penderaan yang mengundang kerinduan.
Ada usaha tanpa jemu, biar lelah namun bertahan; ada gundah namun masih mampu ceria.
Kesukaran yang merapatkan hubungan, menduga jalinan, membadai seketika namun reda jua.
Syukur, syukur dan syukur pada-Mu Ilahi.
Tiada terjadi sebarang perkara tanpa keizinan-Mu Ya Allah dan semoa impian yang nyata ini menjadi penguat kepada kami untuk terus mendekati-Mu.
Bertahun menanti, dengan debar tanpa sabar namu redha atas takdir-Nya.
Untuk merealitikan impian ini, ada duka, ada sendu, ada kesal dan mujur tiada dendam.
Penantian bukan sahaja satu penyiksaan, tapi penderaan yang mengundang kerinduan.
Ada usaha tanpa jemu, biar lelah namun bertahan; ada gundah namun masih mampu ceria.
Kesukaran yang merapatkan hubungan, menduga jalinan, membadai seketika namun reda jua.
Syukur, syukur dan syukur pada-Mu Ilahi.
Tiada terjadi sebarang perkara tanpa keizinan-Mu Ya Allah dan semoa impian yang nyata ini menjadi penguat kepada kami untuk terus mendekati-Mu.
Wednesday, 13 August 2014
Victoria Station, Ada Nostalgia Di Sini
Berkunjung ke restoran Victoria Station, Jalan Ampang... ada keterujaan, ada rasa ceria dan selebihnya menyelinap nostalgia lampau. Akulah anak hingusan itu yang acapkali melalui jalan Ampang untuk ke Ibu Kota, sedari usia masih anak-anak telah aku melalui jalan tersebut dan entah berapa ratus kali pula aku mengangankan berada di dalam restoran ini. Menerusi bas mini 34 yang seringkali aku naiki setiap kali ke Ibu Kota maka tentunya jalanan berdepan Victoria Station menjadi santapan mata, maka pastinya perhatian aku akan lebih tertumpu di restoran ini. Kemudiannya menambah rasa ghairah aku untuk bersama sebahagian Victoria Station adalah reka bentuknya yang ditambah dengan gerabak kepala keretapi yang ketika itu aku terbaca di akhbar bahawa ia dibeli dari KTM oleh pemiliknya. Sebagai anak kecil yang wujudnya dari keluarga susah maka tentunya memasuki Victoria Station yang bagiku salah satu ikon mewah adalah antara angan-anganku.
Saturday, 2 August 2014
Cerita Hari Raya 1435H - Di Kg Mempelam
Rutin tahunan sejak berpasangan dengan Mr. Hubby akan berbahagi masa untuk pulang ke kampung halamannya. Antara kami tidak pernah berlaku pertelingkahan atau bermasam muka berkaitan giliran berhari raya, sebaliknya persefahaman yang terjalin memudahkan perjalanan kami. Sebagaimana biasa, lewat petang Aidilfitri kami akan bergerak memulakan perjalanan membelah lebuhraya Utara-Selatan. Tiada lagi kesesakan jalan raya dan laluan lancar sepanjang perjalanan selama lima jam.
Subscribe to:
Posts (Atom)