Alhamdulillah, Ameer tidak banyak ragam dan amat mudah dalam berpuasa. Sebagaimana Amira tiga tahun lalu yang juga mula berpuasa pada usia seawal enam tahun maka begitu juga Ameer. Memang di hari-hari awal puasa dia nampak seakan payah, lagi-lagi adiknya yang suka lakukan provokasi. Tapi nampaknya Ameer tabah berdepan Nina yang sengaja memberinya air, biskut atau apa-apa jua makanan maka akan ditolak oleh Ameer dengan berkata "abang puasalah adik."
Hidangan waktu berbuka juga amat mudah bagi Ameer, asalkan ada nasi dan ayam goreng. Berapa banyak menu pun yang terhidang di atas meja maka nasi juga yang akan dicarinya. Dia juga gemar makan kuih-muih tetapi nasi adalah satu kemestian. Begitu juga Amira yang tidak cerewet....
Cuma waktu bersahur Ameer sangat liat. Bukan liat untuk bangun tidur tapi liat untuk makan. Cukup sekadar satu atau dua suap maka selepas minum air dia akan terus tidur kembali. Kasihan dia namun biasanya selepas waktu berbuka dia akan kembali makan nasi sebelum masuk tidur. Tidaklah lapar sangat dia berpuasa.
Cuma, aktifnya tidak ada beza antara puasa atau tidak berpuasa. Ragamnya masih sama, memanjat, berlari, melompat dan macam-macam aksi lagi. Berbeza dengan kakaknya yang letih dan lesu sebagaimana jadual persekolahnya yang padat sedari pagi hingga petang.
Oleh itu, sebagaimana yang dijanjikan, aku dan Mr Hubby sepakat membelikan Ameer kereta kontrol sebagaimana impiannya. Satu untuk dia dan satu lagi untuk adiknya. Bagi Amira sudah tidak sesuai lagi dan dia juga sudah faham maksud penghargaan dan sokongan atas usaha yang dilakukan oleh Ameer.
Syukur, anak-anak mudah dibentuk dan semoga kelak mereka akan kekal dapat mensahsiahkan diri sebagaimana muslimin dan muslimat yang soleh dan solehah.
No comments:
Post a Comment