Saturday, 19 July 2014

Iftar Ramadan 1435H

Permintaan anak-anak untuk berbuka puasa di luar ditunaikan. Sepanjang Ramadan ini saban hari kami berbuka puasa di rumah sahaja dan pada hujung minggu pulang ke Gombak berbuka puasa bersama keluarga di sana, yang utama meraikan bapak.

Perancangan dibuat dan anak-anak teruja terutamanya Ameer yang penuh ceria. Kami tidak buat pilihan yang banyak terus sahaja aku ikut cadangan Mr Hubby untuk berbuka puasa di Kelab Sultan Sulaiman, KL. Kata Mr Hubby makanannya banyak dan ruang yang selesa untuk anak-anak juga.

Pukul 6 petang kami bertolak dari rumah... alahaiii... nak masuk KL jalan sesak pula lagilah hujung minggu dan waktu hampir berbuka puasa. Mujur tidak lewat sampai, sekitar pukul 7.00 malam tiba di tempat yang dituju. Kemudian sesi memilih makanan pula. Tentunya aku gemarkan steamboat sementara Mr Hubby memilih kambing golek. Anak-anak pebagai rencamnya. Ada mee rebus, kuih-muih, ais kacang, cendol dan macam-macam. Bagi aku keterujaan pada nasi jadi satu kemestian.

Untuk Amira, dia sudah bijak membawa diri, apa-apa makanan yang berkenan akan dipilihnya sendiri. Ameer pula, bagaikan mahu makan semua sekali. Macam-macam di atas meja mahu dicapainya... sementara Nina banyak pula kerenahnya. Mahukan itu ini, tidak mahu pedas, nak makan nasi dengan kicap, nak air lain, nak keropok dan nak..nak..nak... huh!!!

Apa pun semuanya berlangsung lancar kerana yang penting adalah kebersamaan dalam satu keluarga dan dapat memenuhi impian anak-anak. Alhamdulillah.






 

 

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers