Hari ini hari perjumpaan ibu bapa dan guru di sekolah Nina dan Ameer. Sangka kami Nina mungkin bersikap aktif sebaliknya, penjelasan dari cikgu yang mengajarnya, Nina sangatlah sopan. Dia hanya akan melakukan apa-apa sahaja hanya apabila di suruh sahaja, namun dia tidak pernah gagal menyiapkan setiap kerja yang diberikan. Tiada suara yang keluar dari mulutnya, namun apabila diminta untuk mengenal huruf ke hadapan, dia tidak pula keberatan. Dia tidak banyak kerenah, mudah dan sangat pendiam. Untuk aktiviti sukan pula, Nina enggan bersama-sama rakan sebayanya, namun tidak pula bersendiri sebaliknya akan turut tertawa melihat aksi mereka yang saling berlompatan. Dia hanya akan bersama-sama menyertai yang lain sekiranya Ameer ada bersama.
Aduhai Nina... menilai sikapnya saling tak tumpah dengan Amira pada usianya, namun Nina tidak sepayah Amira yang langsung tidak mahu bersuara. Nina lebih mudah... malah untuk pembelajaran juga, Nina amat cerdas... tetapi semua ini hanya berlangsung di rumah sahaja. Di sekolah wataknya amat berbeza, sedangkan di rumah dia seorang yang ceria, keletah, banyak cakap malah pelbagai kata-katanya melangkaui pemikiran kami sendiri.
No comments:
Post a Comment