Sememangnya apabila ada pemeran melibatkan anggota keselamatan, aku yang lebih teruja untuk membawa anak-anak mendekatinya. Apatah lagi, Ameer dan Nina sangat suka dengan badan beruniform sehinggakan acapkali cita-cita yang diluah adalah membabitkan polis dan bomba. Aku tidak kisah... apa sahaja cita-cita anak-anakku akan aku sokong, dengan cita-cita terbabit mereka akan menyemai sifat patriotik dalam jiwa dan memahami tanggungjawab kepada bangsa dan negara.
Sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia yang ke-80, perarakan raksasa diadakan di Dataran Merdeka dengan pameran mengenainya dibuat selama dua hari. Kami berkunjung ke sana dan anak-anak amat ghairah melihat kelengkapan dan peralatan anggota tentera. Sesungguhnya terlalu besar pengorbanan mereka untuk menjaga kedaulatan negara tercinta, bukan hanya terpaksa berjauhan dengan keluarga tetapi menjalani kehidupan di hutan belantara juga adalah satu cabaran yang bukan mudah. Semoga negara ini akan terus utuh dengan keharmonian dan kesejahteraan tanpa sebarang malapetaka, Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment