Tuesday, 17 September 2013

Rumah Raksasa dan Dinosaur di Marina Putrajaya

 Aku tertarik dengan iklan Pameran Rumah Raksasa dan Dinosaur di Putrajaya lantas kunjungan bersama keluarga dibuat pada cuti Hari Malaysia 16 September 2013. Pameran ini telah bermula sejak 31 Ogos lalu dan akan berakhir pada 28 Februari 2014 dengan mendedahkan kepada orang ramai mengenai pendidikan prasejarah dan saintifik.

Pada mulanya anak-anak begitu teruja namun apabila memasuki ruang pameran, Nina langsung tidak mahu keman-mana. Ameer pula sepanjang masa berkepit sahaja. Dengan kesan bunyi khas dan penataan cahaya maka tentunya suasana seperti satu kenyataan. Dikelilingi oleh haiwan purba dan ada semut raksasa, labah-labah black widow raksasa dan macam-macam lagi. Pameran bermula pada pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan kadar bayaran tiket RM10 untuk dewasa dan RM6 bagi kanak-kanak.

Apa yang menariknya, bahan-bahan pameran tersebut telah direkacipta di salah sebuah studio terkenal di Amerika Syarikat yang bertanggungjawab dengan pembikinan filem Hollywood, 'Honey, I Shrunk The Kids'.


 




 


 


No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers