Membaca tulisan berkaitan kurma memang aku tak nafikan betapa tinggi khasiatnya malah ia menjadi makan rutin harian aku setelah melalui pengalaman yang amat menyakitkan belasan tahun lalu. Lantaran gagal menjaga pemakanan dan tidak teratur dalam pengurusan masa maka aku diserang gastrik yang teruk. Sakitnya amat terasa lantas aku terbaca petua yang mudah iaitu merendamkan kurma dalam susu panas dan ia dijadikan amalan. Alhamdulillah aku sembuh dari kesakitan terbabit dan tidak pernah berulang hingga ke hari ini.
Wednesday, 20 February 2013
Sunday, 17 February 2013
16 Februari… Happy Birthday Nina…muahhhs
Tiga tahun lalu,
selepas subuh aku melahirkan seorang bayi perempuan bernama Nur Afrina Farisha
(Nina). Alhamdulillah, mudahnya melahirkan Nina... tanpa perlu menanggung sakit
yang lama dan tak ada sebarang kerumitan. Mudahnya aku
mengandungkannya dan mengeleknya ke sana ke mari selama sembilan bulan, begitu
jugalah kelahirannya.
Jika diimbas, aku
mula mendapati kelainan pada diriku ketika sambutan Hari Keluarga di ILMU,
Janda baik pada tahun 2009. Dalam perjalanan pulang, Mr. Hubby terpaksa
berhenti di tepi jalan kerana aku merasa mual selepas turun dari Kg. Janda
Baik. Ketika itu usia Amira empat tahun dan Ameer pula baru setahun setengah
malah masih menyusu badan tetapi rezeki dari Allah SWT amat besar.
Wednesday, 13 February 2013
Percutian di Lanjut Beach Resort, Rompin
Bercuti lagi...
kali ini ke Pantai Timur pula sebab tak pernah ada perjalanan bersama keluarga
ke sana. Tiga kenderaan bersama abang Hakim dan abang Bullah. Tempatnya memang
menarik, ala-ala suasa kampung pula berada di dalam chalet. Tiba di sana hujan
turun dengan lebat tapi itu tak mematikan mood untuk menikmati percutian. Hujan
lebat dianggap sebagai satu pengalaman baru apabila kanak-kanak terus bermandi
hujan di laman chalet dan berlarian menuju ke kolan renang. Laut penuh gelora,
tidak mesra untuk disapa pengunjung. Angkuh deburan ombaknya, mengganas
menggulung pepasir pantai....
Sunday, 10 February 2013
Husin, Moon & Jin Pakai Toncit
Cuti Tahun Baru
Cina Mr. Hubby tutup kedai dan dipelawanya kami menonton wayang ‘Husin, Moon &
Jin Pakai Toncit’. Memang Mr. Hubby peminat cerita Mamat Khalid sebagaimana ‘Zombi
Kampung Pisang’ dan ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ yang turut berkait. Paling
teruja tentulah anak-anak. Perancangan dibuat dengan aku telah memastikan masa
tontonan di Alamanda. Kami membeli tiket seawal pukul 11.00 pagi untuk menonton
pukul 12.10 tengahari. Pilihan yang ada tempat duduk di barisan ketiga hadapan
kerana semuanya dah penuh.
Saturday, 9 February 2013
Kelas Kreatif Bersama Anak-anak
Cuti hujung
minggu diisi dengan aktiviti kreatif yang sememangnya anak-anak suka. Amira dah
lama minta realitikan aktiviti dalam buku ‘Reka Cipta’ yang dibelinya di
sekolah. Janjiku saban hari tunggu hujung minggu dan ia dapat direalisasikan
bersama Angah, Ameer dan Nina yang lebih banyak bertanya.
Ruang dan peluang
diberikan sepenuhnya pada mereka untuk bermain dengan warna air, malah
gunakanlah apa saja yang ada di sekeliling untuk dijadikan bahan kreatif. Batu,
daun, tisu dan bahan terbuang jadi pilihan untuk diwarnakan. Hasilnya tidaklah
seindah mana tapi nilai kebersamaan dan kualiti masa diluangkan amat tinggi,
itu sudah memadai....
Friday, 8 February 2013
Menganyam Impian
Dalam ruang yang
terhad masih ada kekosongan yang perlu dimampatkan untuk diisi dengan impian
tertangguh yang boleh direalitikan. Nampak payah, terasa sukar tetapi apabila
dianyam amat terasa keindahannya dengan akhirnya bergaul harmoni menciptakan
satu kepuasan yang payah diluah....
Aku mengejar
ruang yang sempit dengan mendisiplinkan diri untuk mematuhi setiap aturan yang
ada. Tuntutan pada keluarga, tanggungjawab pada kerjaya dan impian yang masih
belum terlaksana. Biarlah, walaupun sesekali aku harus lewat beransur dari
pejabat tetapi matlamat perlu disempurnakan. Kesibukan kerjaya aku manfaatkan
dalam ruang bekerja sementara selebihnya aku isi dengan agenda melaksanakan
disertasi yang masih tertangguh. Prinsip yang tersemat masih terus terpatri untuk
tidak sesekali mengaplikasikan masa bekerja bagi ruang manfaat diri atau agenda
peribadi, malah sekiranya perlu pun waktu rehat ditengahari aku turut
manfaatkan agar tidak terasa beban tergalas. Sesukar mana sekalipun tugasan
pejabat tetap aku mahu laksanakan tanpa tertangguh apatah lagi aku seringkali
mendapat tugasan dari orang atasan yang aku harus junjung sebagai kepercayaan
tanpa ada calar apatah lagi gagal.
Subscribe to:
Posts (Atom)