LELAH... masa
pantas berlalu tanpa sekelumit pun bersimpati padaku namun aku tidak pernah
mengalah atau bersifat pasrah atas apa saja yang terbentang di depanku. Aku ada
cita-cita, aku punya cinta dan aku mahu merasai bagaimana nikmatnya berjaya.
Walaupun aku acapkali dihidangkan dengan tugasan yang dianggap penting di
pejabat tetapi aku tidak pernah mahu menolaknya malah aku anggap ia sebagai
cabaran.
Namun demikian aku
perlu berdepan dengan status sebagai pelajar yang masih belum lengkap ekoran
tesis yang terbengkalai.... Lebih rumit apabila pembentangan tajuk tesis perlu
dilakukan sejurus Hari UMNO ke-66 selesai yang mana aku masih lagi tidak ada
persediaan untuk proposal. Tekad di dada tersemat rapi bahawa aku akan pastikan
apa yang aku mulakan akan lunas dengan sempurna sebagaimana aku memilih untuk
belajar ke peringkat sarjana, jadi aku mesti genggam ijazah sarjana tersebut,
walaupun lambat tetapi tetap akan dapat kerana perkiraan aku untuk tahun ini sudah
tidak sempat....