Sunday 8 May 2016

Bukit Broga Lagi

Mendaki bukit seakan telah menjadi satu hobi. Disamping dapat menyihatkan badan, dapat juga bermesra dengan alam. Puncak Broga didamba lagi. Kali ini aku dan Mr Hubby disertai oleh Didi, Puteri, Angah dan Along serta Intan (housemate Angah). Seperti biasa kami bertolak selepas subuh. Kami sampai dalam cahaya matahari pagi mula menyinar. Tidak ramai pengunjung sebagaimana kali pertama kami ke sini sebelum ini.

Pendakian kali ini tidak pantas sebagaimana sebelum ini, ditambah lagi dengan Intan yang 'pancit'. Hehehe... kasihan melihat dia yang beberapa kali berhenti melepaskan lelah menghuni diri. Memang rasa cabarannya tidaklah sebagaimana kali pertama mendaki tetapi bagi mereka yang sudah lama meninggalkan aktiviti sedemikian maka akan terasa penatnya. Apapun akhirnya kami semua sampai ke puncaknya. Empat pucak Broga dapat juga di tawan dalam keadaan tak larat Intan. Syabas... lain kali kita daki lagi bukit lain yang ada di sekitar Ibu Kota.















No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers