Tuesday 22 July 2014

Allahuakbar...

Tiada kata-kata yang dapat diucapkan bagi menggambarkan kesyahduan yang teramat sangat. Dalam bulan Ramadan ini, pelbagai dugaan dilalui oleh umat Islam di seluruh dunia. Musibah juga melanda negara kita apabila pesawat MAS MH17 terlibat dalam tragedi angkara manusia. Pesawat komersial dibedil di di udara. Aduhai...luluhnya rasa hati memikirkan bagaimana gambaran dalam pesawat tersebut yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Malaysia. Memanglah Wilayah Ukrane bergolak namun laluan yang dilalui oleh MH17 masih lagi laluan yang dilaporkan selamat malah dilalui oleh beratus-ratus penerbangan lain juga.


Selepas tragedi MH370 yang masih dalam pencarian hingga ke hari ini, sememangnya musibah pesawat MAS buat kesekian kalinya, dalam tempoh yang hanya berselang lebih tiga bulan maka tentunya amat menyakitkan. Bagaimana untuk menghadapinya dengan tenang, bagaimana untuk menanganinya dengan tabah, bagaimana untuk mengharunginya dengan redha. Kuasa Allah SWT melangkaui pemikiran manusia dan sesungguhnya hanya Dialah yang mengetahui hikmah di sebaliknya.

Bagaikan luruh rasanya jantung ini tatkala mengetahui insiden yang amat mengerikan tersebut. Ini bukan masalah peribadi, bukan hal pemimpin individu, bukan... ini adalah masalah antarabangsa, soal jenayah yang perlu ditangani agar tidak berulang buat kesekian kalinya.

Lebih dari itu, kesyahduan semakin berganda apabila mengenangkan saudara Islam di Palestin. Betapa kejamnya rejim Zionis yang menyerang penduduk Gaza sesuka hati. Seakan nyawa langsung tidak ada nilainya. Tiada langsung sifat keperimanusiaan dikalangan askar Zionis ini sehinggakan kanak-kanak yang sedang bermain pun boleh dibunuh sesuka hati.

Malaysia bersamamu rakyat Palestin. Dalam berdepan musibah dan kecelekaan yang sememangnya tidak tertanggung namun sokongan untuk warga Palestin masih juga berterusan.

Hanya Allah yang mengetahu segala-galanya. Bukan Allah SWT tidak tahu keperitan yang kita tanggung, bukan Allah SWT tidak tahu betapa remuknya hati kita namun Allah SWT juga tahu bagaimana kita berdepan dengan ketabahan dalam mengharungi pelbagai dugaan. Segalanya dari Allah SWT dan semoga Allah SWT melindungi kita semua dari pelbagai bencana yang lain kelak. Allahuakbar!!!
 






No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers