Thursday 14 June 2012

Abang Cici Sakit, Insafi Kealpaan Diri


Kita hanya akan menghargai kesihatan 
apabila melihat kesakitan insan lain
Kita hanya akan akui betapa mewahnya kita 

apabila berkongsi kesusahan insan lain
Kita akan merasakan kebaikan 

apabila melihat keburukan yang dilakukan insan lain
Kita akan menyedari betapa mewahnya kita 

apabila menyelami kedaifan insan lain
Kita akan sedar betapa bertuahnya kita 
apabila melihat keuzuran insan lain
Kita akan mensyukuri setiap detik yang kita ada 
apabila sedar nyawa melayang tanpa mengira usia.

Betapa kita seringkali gagal menginsafi apa yang telah kita lakukan dan mempunyai hasrat untuk memperbaiki kekurangan kita

Biarpun kita tidak sempurna namun sekurang-kurangnya kita ada kudrat untuk mengurangkan kemelaratan dan kelompongan dalam diri. 

Walaupun kita sihat sejahtera tetapi... kongsikanlah kebaikan, agihkanlah kemewahan, selamilah penderitaan, rasailah kegelisahan dan semailah rasa rendah diri dengan menyedari bahawa kita ini hanyalah hamba-Nya yang amat kerdil.

Barangkali, semua nikmat yang diperturunkan kepada kita adalah untuk insan lain yang memerlukan kita untuk menyalurkannya...

Kesenangan yang kita rasai adalah untuk membantu mereka yang menderita.... Semoga abang Cici diberikan ketabahan berdepan kesakitan dan keluarganya kuat dalam kesulitan ini.

hargai kesihatan diri apabila menyelami penderitaan abang Cici yang semakin uzur...

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers