Majlis kenduri kahwin rumah abang Mie, sepupu Mr Hubby di PJ menjadikan rumah kami meriah. Abang Ad dan Kak Ida bersama kak Mah dari Kedah datang bertamu dan disusuli abang Leh dan kak Lia dari Taiping yang turut hadir kemudiannya. Walaupun sekejap namun kami amat menghargai kedatangan yang sangat besar ertinya pada kami yang berpangkat adik. Turut singgah, Pak Su Pak bersama anak cucunya dari Perlis dan Kedah yang turut disertai kak Solehah.
Anak-anak juga sangat teruja dapat bertemu dengan bapa dan ibu saudara mereka yang telah lama tidak berkunjung ke sini malah pertama kali bagi bang Leh sendiri.
Seminggu kemudiannya, Chaq... adik bongsu Mr Hubby pula datang bercuti sekeluarga sempena cuti sekolah yang turut menjadikan rumah kami penuh dengan gelak tawa dan keceriaan yang berganda.
Semoga untuk hari-hari seterusnya akan ada kebersamaan dan kemesraan dalam keluarga kami yang tentunya akan meninggalkan kenangan manis dan menjadi panduan kepada anak-anak untuk meneruskan jalinan silaturrahim ini.
No comments:
Post a Comment