Friday, 7 September 2018

Majlis 'Membawang' Ilmu Bersama Dr Irwani

Pucuk dicita ulam mendatang... dipelawa untuk turut serta dalam acara santai bersama isteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Prof Dr Nurdianawati Irwani Abdullah dalam ruang yang ada pada Jumaat sempena waktu rehat yang panjang sementara golongan adam menunaikan solat. Dengan gembira aku menyertainya... terlalu lama ilmu kerohanian tidak dicari, ada di depan mata maka inilah masanya.


Mesra datangnya dengan sesi taaruf yang pendek. Enggan dipanggil datin maka panggilan Dr Irwani lebih santai. Beliau pensyarah undang-undang syariah di UIA, juga Penasihat Syariah Affin Bank dan Penasihat Syariah di sebuah takaful insurans. Dalam usianya 44 tahun beliau hamil anak keenam. Katanya, tak ada salahnya hamil dalam usia begitu asalkan sihat, malah dia tak menoktahkannya sebagai anak yang terakhir pun... still counting katanya.

Untuk pertemuan ini, tak tahu nak letak nama apa.. halaqah ilmu... majlis membawang ilmu... tapi santai. Beliau mengupas Surah Al-Baqarah Ayat 1-5. Katanya:

Surah terpanjang / dua mata Al-quran(termasuk al-Imran) - dua bunga yang wangi dalam Al-quran
Amalkan sentiasa - banyak ayat-ayat yang kita disarankan baca.
Masuk rumah baru maka bacalah surah Al-Baqarah.
Al-Imran - surah nak pujuk hati.

Dalam usia kini, kita perlu banyakkan amalan, bukan lagi membaca al-quran untuk qatam tetapi lebih kepada untuk memahami... baca & faham. Banyak cerita tentang kisah-kisah yang boleh dijadikan tauladan dan panduan. Contoh Surah Yusuf ..  memang kisah Nabi Yusuf
Mulakan dengan membaca surah Al-Fatihah dan membaca surah Al-Baqarah beramai-ramai

Kandungan

Ayat 1 - alif lam mim... hanya Allah yg tahu maknanya...antara tanda keistimewaan Al-quran

Ayat 2 - Inilah kitab (Al-quran) tulen.. tak pernah berubah

Ayat 3 - punca hidayah kepada orang yang beriman...semua org boleh baca Al-quran tp x semua bergantung kpd hidayah Allah. Kita perlukan hidayah Allah untuk terus istiqamah berbuat baik.
Hidayah... Allah bimbing kita buat baik, buat kptsn yg baik, jumpa org2 yg baik... Keputusan terbaik adalah yg diberi oleh Allah.
Antara punca Hidayah adalah melalui Al-quran... baca selalu, walaupun satu ayat pun cukup... kita amat perlukan keajaiban.. bantuan dari Allah.. maka inilah hidayah. Mana tahu kerana kita jaga hubungan dgn Allah maka Allah akan beri apa yg kita suka...
Jangan lupa pada Allah.
Inilah janji pada Allah semasa dalam alam roh - minta dipilih utk lahir sbg manusia

Dua janji semasa di alam roh:
i. akan selalu taat pada Allah ... apa2 minta pada Allah. Minta pertolongan dari Allah, tak putus hubungan dgnNya
Ini adalah konsep sbg khalifah. Ada kepercayaan kepada satu sahaja ketua - Allah.

ii. akan sentiasa mudahkan org lain. Buat baik pada semua makhluk lain...
Mudahkan org lain... maka kita akan dipermudahkan.
Jangan sakitkan hati org maka akan dipermudahkan.

Orang-orang yang mendirikan solat - lagi banyak solat maka lagi besar peluang Allah akan bagi hidayah pada kita dan lagi banyak hidayah kita dapat.

*taatlah pada pemimpin itu selagi mana dia solat... Allah akan bagi hidayah
malas macam mana pun.. sakit mcm mana pun wajib kita solat... kalau tak solat putus hidayah kita dgn Allah.

Ibu bapa tengok anak-anak... check anak solat .. check anak ambik air sembahyang.

Ayat 4 - Al-quran satu2nya asbab utk kita dapat hidayah tetapi bagi orang yg beriman.
Muslim apabila semua dah mengucap 2 kalimah syahadah
Mukmin apabila bertakwa ... amalkan Rukun Iman
Ilmu ketuhanan - perkara pertama perlu diajar kepada anak2.
Waktu mustajab adalah waktu pagi - majlis ilmu.
Waktu pagi Rahmat Allah banyak - kita sebagai mukmin perlu banyakkan amalan utk majlis2 ilmu. Malaikat tunggu kita berdoa dalam majlis ilmu - malaikat rahmat bawa terus angkat doa kita. Kita dapat ganjaran ibadat & ilmu.

Apa-apa bermula dari hati... nak jadi baik.. nak buat baik... hati kita jadi cermin... tapi hati kita berbolak-balik. Diri yang baik maka baiklah hatinya. Minta hidayah pada Allah..  yang pegang hati kita.

Kita kena faham konsep:
i. ujian - ada kesusahan & kesenangan
lebih baik susah ingat pada Allah
banyakkan berayukur lebih dari meminta

ii. kifarah - diberi sakit dll
iii. rezeki - yang org dapat kita tak dapat

Ayat 5 - org yg mendapat Hidayah adalah org yg berjaya. Perasaan dirasa sendiri tapi hati tak serabut... Allah beri hidayah. Pertolongan Allah dtg dari sumber2 yg tak disangka.
Tak tinggal quran, tak tinggal sembahyang maka Allah permudahkan semua urusan kita.
Kalau tak cukup masa... tanda2 tak ada keberkatan masa.

Hati kita... muhasabah diri sendiri
redha dgn suami, kawan-kawan... jangan muhasabah diri org lain... maafkan org lain dan muhasabah diri sendiri.

kesolehan anak-anak lihat pada ibu bapa

Ringkasan:
1. Amalkan Al-quran
2. amalkan zikir - sblm mengajar alfatihah 100x, ayat kursi 100x, kulhu 100x, salawat 100x

Sebelum tidur amalkan:
Ayat qursi
3 kul
doa tidur

Benteng kemana2 - surah maryam ayat 17

Dua pangkat yang Allah lantik pada wanita:
1. Isteri - amalan sbg isteri double triple dr org lain
2. Ibu - naik pangkat... doa mustajab - muhasabah diri sendiri

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers