Sunday, 24 December 2017

Kreativiti Laman Rumah

Hobi Mr Hubby masih berterusan dengan tanaman pelbagai pokok yang menghijau menghiasi laman rumah. Rutinnya di rumah - tanpa mengira waktu - adalah pada hobi terbabit. Jika di luar rumah tanaman pikok hiasan, dan di dalam rumah selalunya dihabiskan dengan membentuk bekas-bekas sabun untuk dijadikan pasu hiasan tanamannya.



Dari botol-botol minuman berkabonat hinggalah kepada botol-botol sabun dynamo dikumpulnya dan dijadikan hiasan dengan  ukiran yang digubah hasil penelitian dalam media sosial. Hurmmm... kreatif dan menjimatkan duit sebab tak perlu beli pasu banyak-banyak kan...

Ruang yang terhad membataskan pasu-pasu 'itik' buatan Mr Hubby. Ada yang diletakkan dia atas tembok bersebelahan pintu pagar, ada yang biar bebas di atas para selain yang digantungnya bertingkat satu persatu ibarat saling berpautan... Ok la tu kan...





 




No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers