Thursday, 28 December 2017

Ammar Dua Tahun

Usia Ammar memasuki dua tahun. Keletahnya memeriahkan rumah. Dengan mulutnya yang becok tanpa banyak butir kata yang difahami dia gemar berbicara yang mengundang tawa. Sambutan hari lahir Ammar dilakukan bersahaja, secara santai bersama sambutan hari lahir Naili yang kebetulan pada 22 Disember lalu. Tiada acara besar, hanya kek brownies dengan kemeriahan keluarga abang Bullah dan abang Hakim.

Kehadiran Ammar sememangnya menjadikan rumah kami ceria dan penuh dengan senda tawa. Ammar banyak keletahnya, ada-ada saja tingkahnya yang mengundang suasana menjadikan rumah ini tidak sunyi.

Semoga dengan pertambahan usia Ammar yang kedua tahun ini, maka akan bertambahlah kesejahteraan dalam keluarga kami dan Ammar terus dikurnikan kesihatan yang berpanjangan serta terus dalam rahmat Allah SWT.




No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers