Selepas 28 tahun perkhidmatannya, akhirnya Prof Azizah mengucapkan selamat tinggal dengan mengakhirinya melalui Syarahan Perdana. Tajuknya pula amat dekat dengan beliau sendiri iaitu, Ekosistem Media Malaysia: Daripada Minda Alamiah ke Minda Digital.
Mendengar bait-bait syarahannya seakan menggamit memori lampau ketika di tahun satu mengikuti kelas Fungsi Editorial yang diajarnya. Apatah lagi diadakan di Bilik Kualiah C, Fakulti Sastera. Gaya penyampaiannya masih tak berubah, berterus terang, penuh fakta dan mudah difahami dengan mesra menggamit nama-nama mereka yang ada di hadapannya, sebagaimana suatu waktu dahulu yang akan menyebut nama-nama pelajarnya.
Kemudian, ketika aku mengikuti pengajian sarjana penerbitan, Prof Azizah sekali lagi menjadi tulang belakangku... memberikan sokongan atas kelangsungan aku yang bekerja, selaku isteri dan ibu namun masih memiliki cita-cita menyambung pengajian ke peringkat Master. Apa yang dicari... semuanya adalah untuk kepuasan semata-mata. Dia banyak 'membela' dikala tesisku dipertikai dan diremehkan oleh segelintir pihak malah sehingga hari aku bakal menerima ijazah sarjana, masih juga kata-katanya membakar semangatku.
Terima kasih Prof Azizah atas ilmu yang melaut luasnya sedangkan aku hanya dapat mencicip seteguk sahaja daripada pelbagai pengalaman yang dimiliki beliau. Tahniah atas kejayaan Syarahan Perdana yang menjadi kemuncak kepada duania akademik selama ini dan selamat bersara.
No comments:
Post a Comment