Saturday, 13 May 2017

Minggu Keceriaan SKS1BK

Sekolah anak-anak mengadakan Minggu Keceriaan sebagai alternatif dari PIBG untuk ibu bapa bersama-sama mencantikkan kelas anak-anak mereka dan melakukan sumbangan dalam pelbagai aspek. Memandangkan tiada sebarang peruntukkan dari kementerian kepada sekolah untuk keceriaan dan membaik pulih apa-apa yang uzur maka SKS1BK mengambil inisiatif sendiri melaksanakan program tersebut. Ibu bapa pastinya bersemangat memainkan peranan bagi melihat kelas anak-anak cantik dan anak-anak akan dapat belajar dalam suasana yang kondusif.


SKS1BK sudah berusia 17 tahun maka banyak peralatan dan kemudahan yang sudah sepatutnya berganti. Amira, Ameer dan Afrina bersekolah di sini maka perana ibu bapalah untuk turut serta. Mr Hubby ada urusan lain jadi aku bersama tiga beradik seawal pagi sudah berada di sekolah. Amira bersama dalam kelas darjah enam untuk persediaan UPSR. Aku lebih bertumpu di kelas Afrina, 1 Neptune sementara kelas Ameer di 3 Delima aku jenguk sekejap, juga kelas 6 Mutiara.

Kesungguhan ibu bapa memberikan sumbangan memang terserlah, wang terkumpul beratus-ratus. Kelas dicat warna ceria, meja berlapik, papan kenyataan berhias, lantai berlubang ditampal, lampu bertukar, habuk-habuk ditingkap dibersihkan dan cermin yang pecah diganti baru. Ada juga sudut bacaan diwujudkan dengan sumbangan rak buku dari ibu bapa yang ada.

Begitu juga dengan makanan, saling membawa sedikit seorang menjadikan hidangan tersaji untuk dijamah bersama. Kesepakatan ibu bapa dan guru memberikan makna yang cukup besar kepada suasana ceria anak-anak untuk belajar dengan selesa sepanjang proses mereka bersekolah. Syukur alhamdulillah.  

 
 


 



No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers