Friday, 14 April 2017

Selamat Hari Lahir Mr. Hubby


Mr Hubby genap berusia 41 tahun 11 April lalu. Sudah 16 tahun mengenalinya, dari usia muda belia hinggalah hari ini. Dari berdua hinggalah kami berkeluarga dan menjadi berenam. Kami tak dapat meraikannya pada tarikh kelahiran lantaran Mr Hubby berkelanan bersama rakan-rakannya ke Pulau Rawa. Anak-anak terasa terkilan lalu kiriman video ucapan ulang tahun kelahiran untuk abah diberikan.

Mengenali Mr Hubby sepanjang tempoh ini terasa masih terlalu baru. Katanya dia seorang yang sederhana tapi agak cerewet juga sebenarnya... ada hal-hal yang dia sangat-sangat santai, barangkali sifat orang lelaki yang sememangnya kontra dengan orang perempuan... tapi itulah pelengkapnya bagi sebuah kehidupan, mencari persamaan dalam pelbagai perbezaan yang ada.

Mr Hubby punya cita-cita, ada impian, ada semangat dan ada cita rasa untuk masa hadapan khususnya pada sebuah keluarga dan kerjaya. Semoga segala apa jua yang diilhamkan akan mendapat kejayaan dan keredhaan dari Ilahi, dengan pertambahan usia ini juga akan seiring dengan kematangan fikiran, kesihatan yang sempurna dan disulami kejayaan demi kejayaan.

Kemudiannya kami sekeluarga meraikannya dalam makan malam di Equin Park. Semestinya anak-anak yang lebih teruja menikmati hidangan sekeluarga.

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers