Berada di rumah bukan bermakna kami tidak boleh menikmati makanan enak yang terhidang di restoran-restoran mewah atau memenuhi selera kami. Sebutlah sahaja apa-apa makanan yang tergambar difikiran maka tentunya akan dilaksana untuk dinikmati sekeluarga.
Kebiasannya Mr Hubby yang akan masuk dapur mengambil tempat memenuhi permintaan kami anak-beranak. Dari bihun sup utara, nasi ayam, ayam goreng berempah, nasi arab, daging goreng halia hinggalah kami ber'shellout' dengan hidangan makanan laut, chicken choop, chicken grill dan black-paper sauce, garlic bread dan mushroom soup, fish and chip termasuklah maggie maka semuanya homemade.

Seronok memasak, sambil-sambil mengeratkan ikatan keluarga maka dapat makan sepuas hati hinggakan bertambah dua tiga kali atau berulang ke dapur berkali-kali dengan nilai kos yang sangat memuaskan hati.
Sememangnya, dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Semuanya boleh dilaksana. Ditambah dengan keluarga yang besar dan anak-anak yang ramai, bapak pula uzur dan tidak boleh ditinggal sendiri sementara banyak juga aktiviti harian anak-anak yang perlukan pemantauan terutamanya kerja sekolah yang menimbun.
No comments:
Post a Comment