Wednesday, 28 December 2016

Ammar Farish Genap Setahun

Penghujung tahun adalah hari kelahiran Ammar Farish. Dalam usianya yang genap setahun, dia masih belum tahu berjalan, namun aktif merangkak. Keletahnya amat menghiburkan, manja dan menggoda.... Panggilan abah yang kerap disebutnya sejak usianya setengah tahun telah bertukar kepada panggilan mama. Apa-apa sahaja tentunya mama akan disebut... mama.. mama.. mama..

Kami tidak ada sambutan apa-apa. Yang lebih teruja adalah kakak-kakak dan abangnya sementara bagi kami Ammar masih terlalu muda untuk memahaminya.
Aku masakkan sebiji kek coklat, permintaan Amira. Kami raikan bersama untuk ulang tahun kelahiran Ammar. Dia ceria. Keletahnya membuat kami gembira. Meraikan hari lahir Ammar dengan foto-foto sebagai simpanan untuk kenangan kelak.

Semoga Ammar Farish akan terus ceria, menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada agama dan bangsa serta bijak membuat apa-apa keputusan dengan sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan dari-Nya.





No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers