Tentunya Afrina teruja apatah lagi bersama-sama dengan guru-guru dan rakan-rakan sekolahnya. Dengan hanya berselipar, juga dibekalkan pakaian dan tuala sebagai persediaan berdepan kekotoran.

Anak-anak kecil berkaki ayam, berjalan di ladang yang luas dengan pelbagai tanaman sebagai pembelajaran untuk mereka. Tidak sekadar itu, mereka juga diajak masuk ke sungai kecil yang ada di situ, menyiram tanaman dan mengenali proses tumbesaran tanaman ladang.
Pulangnya, aku tanyakan pada Afrina. Jawabnya, bermain kotor, tanah hitam dan panas pula. Itulah kerja petani yang berladang. Bukan mudah untuk bercucuk tanam sedangkan kita di Kota hanya tahu membeli tanpa memikirkan kepayahan mereka yang mengusahakan. Inilah salah satu cara untuk belajar bersyukur.
No comments:
Post a Comment