Wednesday, 28 December 2016

Ammar Farish Genap Setahun

Penghujung tahun adalah hari kelahiran Ammar Farish. Dalam usianya yang genap setahun, dia masih belum tahu berjalan, namun aktif merangkak. Keletahnya amat menghiburkan, manja dan menggoda.... Panggilan abah yang kerap disebutnya sejak usianya setengah tahun telah bertukar kepada panggilan mama. Apa-apa sahaja tentunya mama akan disebut... mama.. mama.. mama..

Kami tidak ada sambutan apa-apa. Yang lebih teruja adalah kakak-kakak dan abangnya sementara bagi kami Ammar masih terlalu muda untuk memahaminya.

Monday, 26 December 2016

Hari Keluarga Ibrahim di Pantai Merdeka

Balik kampung kali ini diisi dengan perancangan untuk Keluarga Ibrahim bercuti beramai-ramai ke Tanjung Dawai. Perancangan telah dibuat lebih awal. Dua buah homestay mengadap pandangan ke pantai ditempah. Niat utama adalah bagi mengeratkan silaturrahim antara keluarga melibatkan anak cucu Ibrahim setelah orang tua tiada lagi.

Tentunya ruang yang ada amat terbatas namun hubungan sesama adik-beradik perlu terus dipupuk apatah lagi dengan anak cucu yang ramai, maka inilah waktunya untuk mereka saling akrab sesama saudara. Itulah niat Mr Hubby. Memahami hati insani yang berkelana ke Ibu Kota, jauh dari sanak saudara dan adik beradik. Pulang ke desa, ibu ayah sudah tiada lagi untuk menanti. Barangkali terasa kosong, hanya memori menggamit perasaan menelusuri setiap ruang dengan gambaran keriuhan semasa hayat ibu ayah ada bersama. Betapa meriahnya sebuah kediaman dengan senda gurau bersama, sesekali tentunya ada suara yang meninggi menegur itu dan ini, namun selebihnya pasti gelak dan tawa ceria menjadi penyeri.

Thursday, 15 December 2016

Annual Concert Ars Nova Music 2016 - Merry Music Merry Hearts


Konsert tahunan untuk kelas muzik Ars Nova Music Centre. Amira dan Ameer turut serta untuk persembahan mereka. Kali ini konsertnya diadakan di The Gardens Theater dengan tema 'Merry Music Merry Hearts'. Amira akan bermain piano dengan lagu An Old Folk Tune manakala Ameer akan bermain ukulele lagu Mary Had A Little Lamb.

Pukul 3.00 petang sesi latihan dan pukul 8.00 malam persembahan bermula. Amira menjadi sukarela membantu Ms Ow bersama sekumpulan pelajar lain untuk menyambut para tetamu yang hadir. Dengan tempat yang menarik, para penonton juga amat sporting memberikan sokongan, tepukan gemuruh untuk setiap peserta yang membuat persembahan.

Sunday, 4 December 2016

Berkunjung ke MAHA 2016

Hujung minggu bersama-sama anak-anak dan keluarga, merancang ke Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian (Maeps) Serdang. Selesai solat Zuhor kami bertolak dari rumah, dua kereta berserta Angah yang membawa anak-anak dara Miss Kecoh... semuanya ada 14 orang.

Lantaran hujung minggu dan pameran yang mendapat sambutan amat memberansangkan, maka perjalanan yang sepatutnya hanya memakan masa 20 minit bertukar kepada satu jam ekoran kesesakan jalan. Sudahnya kami meletakkan kereta jauh dari kawasan tapak pameran... barangkali 3 km.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers