Sunday, 13 November 2016

Hari Sukaneka Ameer

Hari Sukaneka di SKS1BK. Amira tak menyertai apa-apa. Memang dia tak pernah menunjukkan minat dalam acara sukan. Ameer yang ada program. Ada persembahan acara dan juga larian baling kacang. Memang Ameer sangat bersemangat apabila bercerita apatah lagi apabila tibanya hari yang dinanti. Seawak pukul 7.15 pagi kami sudah berada di sisni. Hanya bersama Ameer dan Afrina. Ameer terus menyertai kawan-kawannya sementara aku dan Afrina terus menuju ke khemah yang dikhaskan kepada ibu bapa dan tetamu jemputan.

Acara bermula sekitar pukul 8.40 pagi dengan perbarisan daripada empat rumah sukan, Bendahara, Laksamana, Syahbandar dan Temenggung. Tema superhero. Meriah perbarisan mereka. Kemudian acara untuk pra sekolah dan diikuti acara untuk murid tahap 1. Ameer sertai acara dengan lagu Polaroid dan Hang Pi Mana. Begitu bersemangat dia dengan kawan-kawannya.

Keletah Ameer memang menyenangkan. Nakalnya boleh tahan tapi jarang ambil masa yang lama untuk marah kerana dia pandai memujuk. Kata-katanya selalu meruntun hati.

Melihat cerianya dia beraksi bersama rakan-rakannya juga amat menenangkan. Biarpun dia tidak cemerlang dalam beberapa perkara tetapi dia sentiasa menceriakan suasana. Ada-ada saja tingkahnya.
Amira hari ini menyertai team Kafa bermain netball di Putra Heights. Hmmm... satu perkembangan menarik apabila Amira bersukan. Pilihan dari Ustazah untuk Amira mewakili Kafa, perlawanan antara sekolah-sekolah Kafa. Menarik juga. Ada gunanya dia tinggi menggalah apabila menjadi GD. Tak apalah tewas tiga kali dan menang dua kali... 







No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers