Alhamdulillah kerana hampir kesemua yang aku jemput datang bersama berhari raya. Keluarga bik Majna dengan Mamang Dollah anak-beranak - abang awie, lon dan eda; kemudian bapak dan abang Hakim, abang Bullah, abang Kamal, kak Zura, Pipah, Zura dan Pudin mewakili kak Yeye yang tidak berkelapangan serta kak Ham seisi keluarga. Cuma kak Piah tak dapat datang kerana Ipa bersalin, abang Maili pun tak dapat hadir kerana nak berkenalan dengan bakal menantunya....Begitu juga pada rakan-rakan. Niat mereka yang diluah untuk menyerbu rumahku dizahirkan dengan jemputan tersebut. Alhamdulillah. Dapat juga berkumpul bersama-sama dengan saling bersenda antara anak-anak. Sudah lama tidak berkumpul dalam ikatan akrab antara keluarga maka meriah jadinya apabila sesekali berkelapangan begini.
Perancangan untuk menu pun banyak yang dilaksana oleh Mr. Hubby tapi kemasan dan susunan masih diusahakan oleh isterinya.... Mr. Hubby 'sporting' sebab masuk dapur walhal beberapa kali makan-makan dibuat sebelum ini pun tapi Mr. Hubby lebih memilih untuk mengemas sahaja. Terima kasih kerana melayan kerenah dan memenuhi hasrat untuk berkumpul bersama saudara dan teman-teman.
Terima kasih juga pada yang sudi hadir makan-makan Aidilfitri, insya-Allah... lain kali akan diulangi dengan sambutan rumah terbuka yang lebih meriah dan tersusun kerana sememangnya ada juga wujud keinginan untuk menjemput semua kenalan datang ke rumah. Namun begitu, kami sentiasa mengalu-alukan kenalan untuk datang ke rumah waima bukan hari raya atau sambutan apa-apa pun. Bukankah meraikan tetamu itu sunnah Rasulullah dan tetamu yang bertandang itu adalah pembawa rezeki. Semoga rezeki kami sekeluarga dimurahkan-Nya dan kami dilimpahi kesejahteraan dan kesihatan berpanjangan.



















No comments:
Post a Comment